Sekuat mana pun seseorang itu, pasti tetap akan jatuh terduduk bila hilangnya ‘hero’ dalam keluarga tersebut. Akan tetapi siapa sahaja yang mampu melawan takdir. Begitu juga dengan kisah seorang pemuda ini yang terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi meskipun terkilan tidak dapat menunaikan hasrat bapa untuk bertemu dengannya.
BACA:Â “Kenapa Tak Cakap Nak Tinggalkan Aku”- Gadis Luluh Kawan Baik Pergi Selamanya
Baru habis SPM, bukan waktu melawat pula..
Menerusi perkongsian anak sulung dalam keluarga ini iaitu Riszwan Haqim di laman Twitter, dia mengakui sangat terkilan tidak dapat menunaikan permintaan tersebut kerana baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah dia juga akur dengan prosuder pusat perubatan yang tidak membenarkannya melawat pada waktu itu.
Balik terus tidur.. Nurse call bagitahu ayah tenat
Riszwan kemudiannya terus pulang ke rumah dan tertidur hingga lewat petang. Seusai sedar, jiwa seakan tersentak tatkala si abang memberitahu bahawa ayahnya ada bertanyakan keberadaan Riszwan. Menjelang lewat malam, dia mendapat perkhabaran dari nurse mengenai keadaan bapa yang semakin kritikal.
Ayah dah ‘tak ada’, tak sempat nak jumpa..
Malah, tiada apa yang dapat tergambar di fikirannya saat diberitahu bapanya telah dijemput Illahi. Perasaan sebak tak dapat dibendung tatkala mengingatkan hasrat bapanya itu. Disebabkan itu, Riszwan mengingatkan semua orang supaya terus berbakti kepada orang tua selagi doa dan nyawa mereka masih ada. Malah dia juga bersyukur dapat mewarisi perwatakan dan rupa mirip Allahyarham.
Sumber: Twitter @riszwanhaqim