Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Naik Motor Tak Pakai Helmet, Tak Sangka 2 Lelaki Ditegur Dengan Cara Paling Win

29th January 2020
in Viral
Naik Motor Tak Pakai Helmet, Tak Sangka 2 Lelaki Ditegur Dengan Cara Paling Win
590
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Walaupun berada di jalan raya utama yang sesak dengan kenderaan, masih ada pengguna motosikal enggan menggunakan topi keledar demi keselamatan sendiri. Bak kata peribahasa Melayu, malang itu memang tidak berbau. Sebab itulah orang ramai seharusnya lebih peka dan mengikut undang-undang jalan raya. Bukan sahaja untuk keselamatan diri sendiri, malahan untuk menjamin nyawa orang lain juga.

BACA : [VIDEO] Viral Tunggang Motor Ala Superman Gadis Bawah Umur Akhirnya Ditahan

Guna cara unik tegur pengguna jalan raya

Namun bagi pihak berkuasa di negara Indonesia pula, nampaknya mereka mempunyai cara yang cukup unik sebagai salah satu usaha mengetatkan sistem kawalan keselamatan jalan raya di sana. Perkara itu juga mula viral menerusi video berdurasi 44 saat yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter. Dimuat naik sejak beberapa hari lalu, rakaman tersebut sudah meraih hampir sejuta tontonan.

https://twitter.com/penelovve/status/1220701970198982658

Lepas kena tegur, terus cari helmet

Jika disaksikan, 2 orang lelaki yang menaiki motosikal telah berhenti di sebuah kawasan lampu isyarat. Gara-gara si pembonceng tidak memakai helmet, pihak berkuasa mula menegur pengguna jalan raya tersebut secara terbuka melalui speaker suara selepas memantau dengan kamera CCTV. Tanpa melengahkan masa, lelaki yang tadinya hanya memakai cap mula turun dan melintasi jalan. Siapa sangka, gelagat pemuda berkaca mata itu berjaya dirakam sekali lagi lengkap dengan topi keledar di kepala.

Naik Motor Tak Pakai Helmet, Tak Sangka 2 Lelaki Ditegur Dengan Cara Paling Win Naik Motor Tak Pakai Helmet, Tak Sangka 2 Lelaki Ditegur Dengan Cara Paling Win

Dia ambil helmet kat mana?

Lucunya, pihak berkuasa sempat mengucapkan terima kasih kerana dia akhirnya mematuhi undang-undang jalan raya. Di hujung video, kedua-dua mereka kelihatan sangat ceria dan  sempat pula memberikan ‘mini love‘ dan ‘thumbs up‘ kepada CCTV berkenaan. Melihat ke ruangan komen, netizen tidak ketinggalan merasa terhibur dan tertanya bagaimana dia memperolehi helmet tersebut.

Naik Motor Tak Pakai Helmet, Tak Sangka 2 Lelaki Ditegur Dengan Cara Paling Win Naik Motor Tak Pakai Helmet, Tak Sangka 2 Lelaki Ditegur Dengan Cara Paling Win Naik Motor Tak Pakai Helmet, Tak Sangka 2 Lelaki Ditegur Dengan Cara Paling Win

 

Sumber : Twitter netijen

Tags: CCTVhelmetindonesialampu isyaratmotosikalTegur

Related Posts

Naik Motor Tak Pakai Helmet, Tak Sangka 2 Lelaki Ditegur Dengan Cara Paling Win
Viral

14 Tahun Kahwin, Isteri Keliru Kenapa Suami Pilih Selingkuh Dengan Nenek

21st May 2023
Naik Motor Tak Pakai Helmet, Tak Sangka 2 Lelaki Ditegur Dengan Cara Paling Win
Berita Semasa

“Nak Pergi Kedai” – Orang Awam Terkejut Rupanya Budak 6 Tahun Yang Bawa Kereta!

10th May 2023
Naik Motor Tak Pakai Helmet, Tak Sangka 2 Lelaki Ditegur Dengan Cara Paling Win
Cinta & Perhubungan

Tema Wedding Ala Bunian,Satu Kampung Sepakat Pakai Serba Putih Sambut Pengantin

8th May 2023
Naik Motor Tak Pakai Helmet, Tak Sangka 2 Lelaki Ditegur Dengan Cara Paling Win
Viral

Suami Berhabis Hampir RM1000 Barang Dapur, Isteri Masak Macam Hotel 5 Bintang

8th May 2023
Naik Motor Tak Pakai Helmet, Tak Sangka 2 Lelaki Ditegur Dengan Cara Paling Win
Hiburan

Askar Kacak Jadi Pelayan Buat Kejutan, Ibu Sebak Sempat Suap Makanan Baru Salam

10th April 2023
Next Post
Naik Motor Tak Pakai Helmet, Tak Sangka 2 Lelaki Ditegur Dengan Cara Paling Win

Suka Anak Kucing, Murid Ini Sumbat Dalam Beg Walaupun Mata Belum Terbuka Lagi

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)