Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

Nafi Ira Kazar Hamil, Syamsul Percaya Antara Jalan Taubat Adalah Perkahwinan

21st March 2023
in Artis, Berita Semasa, Cinta & Perhubungan, Viral
Nafi Ira Kazar Hamil, Syamsul Percaya Antara Jalan Taubat Adalah Perkahwinan
1k
SHARES
5.7k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Kebelakangan ini nama pengarah dan pelakon tersohor, Syamsul Yusof sering kali terpampang di media massa. Mana tidaknya, rumah tangga pengarah KL Gangster yang terbina sejak 8 Mac 2014 ini sedang hebat dilanda ombak selepas pernikahannya bersama isteri kedua iaitu Ira Kazar tular pada 6 Januari lalu.

BACA: Mahu Jaga Hati Isteri, Bapa Syamsul Enggan Ulas Khabar Angin Ira Kazar Hamil

Failkan Nusyuz Terhadap Puteri Sarah

Nafi Ira Kazar Hamil, Syamsul Percaya Antara Jalan Taubat Adalah Perkahwinan

Isu itu menjadi reda seketika sebelum kembali hebat diperkatakan selepas Syamsul yang merupakan bapa kepada dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah hasil perkahwinan pertamanya menfailkan nusyuz terhadap  Puteri Sarah Liyana yang juga merangkap isteri pertama beliau di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada hari ini (Selasa 21 Mac 2023).

Nafi Ira Kazar Hamil

Nafi Ira Kazar Hamil, Syamsul Percaya Antara Jalan Taubat Adalah Perkahwinan

Semasa ditemu ramah oleh media, Syamsul menolak segala dakwaan bahawa Ira Kazar sedang hamil dengan cahaya mata pertama mereka. Syamsul juga turut  menambah bahawa jika ianya benar berlaku, beliau sendiri yang akan memaklumkan kepada umum.

Syamsul yang menyedari komen negatif terhadap isteri keduanya turut berkata bahawa dirinya sering berpesan kepada Ira agar bersabar dengan segala tohmahan dan menganggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri .

Perkahwinan Itu Satu Jalan Taubat

Nafi Ira Kazar Hamil, Syamsul Percaya Antara Jalan Taubat Adalah Perkahwinan

Menerusi temu ramah tersebut, Syamsul dilihat tenang dalam menjawab segala pertanyaan dan menambah bahawa perkahwinan bersama Ira Kazar merupakan salah satu jalan taubat baginya.

Di samping itu, pengarah berusia 39 tahun itu turut memohon doa orang ramai agar beliau mampu menjadi suami yang adil dan baik untuk kedua-dua pasangan hidupnya itu.

Kredit: Mstar

 

Tags: Ira Kazarkahwinnusyuzputeri sarah liyanasyamsul yusof
Next Post
Nafi Ira Kazar Hamil, Syamsul Percaya Antara Jalan Taubat Adalah Perkahwinan

Kantoi 'Chatting' Dengan Perempuan Lain, Suami Sebar Foto Tak Senonoh Isteri

Jersi Muslimah Premium Selesa & Cepat Kering
HP 5G Terbaik untuk Pelajar & Warga Emas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)