Biasanya kalau beli di kedai, sesetengah tekstur kek pisang yang dijual isinya memang agak kering. Dalam kek pula tiada apa-apa bahan tambahan seperti kacang apalagi coklat chip. Jadi apa kata korang semua ubah angin dan buat sendiri kek pisang versi “kluster kayangan” ini? Pastinya resepi ini bikin air liur meleleh lagi-lagi menikmati masa buka puasa nanti.
BACA:Â Cuma Order Kuih Kampung, Terus Terkejut Beruk Bila Kena Bayar COD Dekat RM100
Buat 2 bahagian…boleh tambah bahan lain
Menerusi perkongsian Rushdi Lazim di laman Facebook miliknya, dia telah membahagikan bahan tersebut kepada dua bahagian. Jadi mudahlah untuk anda mengasingkan bahan utama dan sampingan sebelum mencuba resepi ini. Kata lelaki itu lagi, kuantiti bahan tambahan seperti coklat atau kacang boleh dilebihkan mengikut cita rasa pembuat itu sendiri.
Campurkan semua…ikut susunan seperti gambar
Mula-mula, panaskan mentega sehingga cair dan biarkan ia sejuk seketika. Sementara itu, lenyekkan pisang masak sehingga menjadi lumat dan masukkan sekali gula perang mengikut sukatan di atas. Kata Rushdi, anda juga boleh menggunakan pelbagai jenis minyak masak dalam resepi ini. Langkah seterusnya, masukkan sekali buttermilk yang telah dicampurkan tadi sebelum menggaulkan bahan-bahan tersebut hingga sebati.
Hiasan kek mesti mewah macam kayangan…coklat pasti meleleh
Sentuhan terakhir, barulah dimasukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang sudah dilapik kertas minyak. Tips daripada saudara Rushdi, bahan hiasan perlu disalut sedikit dengan tepung untuk mengelakkan ia hilang ketika dibakar. Maka siaplah satu sentuhan ajaib kek mewah ala ‘kluster kayangan’ yang pasti akan menggembirakan hati apabila menikmatinya.
Sumber: Facebook Rushdi Lazim