Nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan, pengarah terkenal Shiela Rusly, 47 merupakan antara selebriti yang sering tampil dengan sikap terbukanya dalam industri hiburan Malaysia. Kemesraaan dan sikap terbuka yang dimiliki oleh Sheila Rusly disenangi ramai kalangan artis sehingga ada yang dianggap seperti anak sendiri. Namun sejak kebelakangan ini, namanya sering terpalit dengan satu k0ntroversi bersama pelakon utama Leftenan Zana, iaitu Janna Nick.
BACA:Baru Setahun Jagung Nak Suami Kenamaan, Nabila Razali Dikecam Netizen
Semalam, Shiela Rusly ada memuat naik foto bersama kedua-dua anak lelakinya, berserta satu kapsyen mendalam di IG miliknya.
Rendah diri jangan sampai kena pijak…confident boleh tapi jangan riak
Meskipun tidak mengaitkan posting itu dengan mana-mana pihak, tetapi menerusi ruangkan komen, ramai netizen mengaitkan kapsyen Shiela Rusly itu seolah-olah menyindir pelakon tersebut.
Tak payah perli…doakan baik-baik
Padu! suka ayat ni
Banyak perli…tak matang
Ada juga netizen yang tidak mahu mereka bersengketa, dan mendoakan kesejahteraan kedua-dua belah pihak.
Tak perlu buruk sangka,jangan tunding jari
Doakan baik-baik untuk kedua belah pihak
Terdahulu, Janna Nick telah memenangi anugerah Aktres Pilihan sempena Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019, untuk drama Semerah Cinta Humairah yang menyaksikan dirinya mengalahkan pencabar utama, Aamyra Rosli bagi drama Nur.
Sumber: IG sheilarusly & YouTube MHE TV