Seperti sukar dipercayai, negara kita sebenarnya hampir menang melawan virus COVID-19. Akan tetapi, wujudnya segelintir pihak bersikap tidak endah kepada pamatuhan SOP telah membuatkan jumlah ini bertambah. Dalam tak sedar, sebenarnya frontliner sendiri khususnya pasukan medik terpaksa bertungkus-lumus lebih lagi untuk membendung penularan.
BACA:Â Derma RM1K Barangan Banjir, Lelaki Cuma Harap Doakan Ibu Strok Sihat Kembali
Frontliner juga manusia punya perasaan penat…tak sempat rest kena kerja 24 jam
Menerusi perkongsian di Facebook, Tikah Fauzi memuat naik sebuah foto menggambarkan keadaannya sebagai frontliner. Menurutnya, mereka yang bekerja di pusat kesihatan terpaksa bertugas di luar waktu. Frontliner juga adalah manusia biasa di mana kepulangannya sentiasa dinantikan insan tersayang di rumah.
Kekurangan staff dan alatan di pusat kesihatan…ada orang awam yang tak dapat dipantau sepenuhnya
Tambah gadis itu, dia memberitahu bahawa jadual kerja terlalu padat hinggakan staff yang menjaga bilik rawatan terpaksa ditarik ke ICU. Ambulans juga tidak berhenti bergerak setiap hari. Terdapat juga golongan warga emas tidak dapat dipantau sepenuhnya oleh sebab staff tidak menang tangan merawat orang keluar masuk pusat rawatan.
Moga diberikan ganjaran yang baik buat kalian… terima kasih semua frontliner
Rata-rata netizen berterima kasih kepada semua frontliner yang sanggup mengutamakan keselamatan orang awam berbanding keluarga mereka. Tambahnya, hanya Tuhan mampu membalas segala pengorbanan mereka semua.
Sumber: Tykah FauziÂ