Seiring dengan peredaran zaman yang semakin terkehadapan, ramai orang mula memikirkan 1001 cara sebagai survival meneruskan hidup. Tanpa strategi yang betul, mungkin kehidupan sendiri boleh berada dalam situasi membimbangkan. Selain bekerja di bawah orang, ada yang gemar untuk meraih pendapatan sendiri. Melihat kepada senario zaman sekarang yang begitu dekat dengan media sosial, nampaknya ramai anak muda berminat untuk menjadi ‘instafamous’ .
BACA : Sedih Hidup Single Ni-Lelaki Ini Nekad Beli Kek Birthday Buat Diri Sendiri
Siapa menyangka gelaran tersebut berpotensi menjadi sebuah kerjaya yang mampu menjana pendapatan lumayan. Percaya mahupun tidak, demikianlah pendedahan terbaru yang dibuat menerusi portal Harian Metro. Melihat kepada instafamous pertama bernama Amierah Zahirah ini (juga sepupu kepada Mawar Rashid), telefon yang dihadiahkan ibu suatu ketika dahulu membuatkan dia mula aktif menerusi aplikasi Tik Tok seterusnya popular di laman Instagram pula.
Siapkan kerja sekolah sebelum bermain telefon
Setelah mendapat peluang membuat paid review, dia mengenakan bayaran sekitar RM100 untuk gambar dan RM200 untuk video. Katanya lagi, pihak keluarga telah memberikan kepercayaan penuh memandangkan gadis berusia 16 tahun ini dilihat bijak membahagikan masanya sendiri dengan media sosial.
Pengikut memuji kerana berkebolehan bersolek sendiri
Beralih kepada instafamous bernama Aliyah Maisara pula (15 tahun), dia mula melibatkan diri dalam membuat paid review sejak beberapa tahun lalu. Ketika dia berusia 12 tahun, gadis dengan 1.2 juta followers ini pernah menjana RM10,000 dan pendapatan itu membuatkan dia belajar untuk menguruskan wang sendiri. Jika Amierah Zahirah mula terkenal menerusi Tik Tok, Aliyah pula mulai aktif menerusi aplikasi Musical.ly.
Bantu bayar bil elektrik rumah
Mula bermain Instagram sejak berumur 13 tahun lagi, Ahmad Akid Zulkiflee juga bagaikan ‘terpijak tuah’. Sudah mempunyai pengikut seramai 567 000 orang, pemuda 18 tahun ini giat berkongsikan pelbagai video Tik Tok yang begitu menarik perhatian. Bermula dengan sebuah telefon pintar, kini dia sudah mampu berbakti semula kepada keluarga menerusi perkhidmatan paid review.
Pendapatan pernah mencecah RM10,000 (minit 2:48)
Sebelum ini, Beby Tora Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie juga pernah mendedahkan pendapatan yang diperoleh sewaktu terlibat dalam dunia media sosial. Instafamous yang popular dengan pelbagai food review ini jelas mengejutkan ramai dengan pendedahannya di rancangan ‘Motif Viral’ pada awal tahun 2018 lalu.
Sumber : Portal Harian Metro, Youtube Thinker Studious, Instagram myrawitthawint, akiddos