Dua hari yang lalu tular berita aktor, Hafidz Roshdi mentalakkan isterinya menerusi panggilan telefon. Meskipun itu, bekas isteri pelakon berkenaan, Nurul Shuhada dikhabarkan telah menerima dengan hati terbuka selain dilihat mulai aktif berniaga di sosial media.
BACA : Delete Gambar Berdamai, Keluarga Jadi Saksi Hafidz Roshdi Talakkan Isteri
Upload gambar seakan sedang healing
Pasca perpisahan, Hafidz Roshdi tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan seperti bekas isterinya. Namun, artis itu sempat memuat naik gambar berada di pantai. Walaupun tanpa kapsyen, posting itu diserbu netizen yang tidak berpuas hati.
https://www.instagram.com/p/CpCoMChPxs7/?igshid=NDk5N2NlZjQ%3D
Shuhada muat naik update dia dan anak-anak okay
Akaun Instagram Nurul Shuhada menjadi perhatian netizen apabila dia menghantar gambar terbarunya. Cukup dengan kapsyen yang wanita itu dan dua anaknya dalam keadaan baik, Shuhada memohon doa dari netizen. Walaubagaimanapun, hari ini tular komen Hafidz Roshdi berkenaan pemakaian pendakap gigi Shuhada seperti sesuatu benda baru di posting tersebut.
Komen Shuhada dah pakai braces, macam lama tak berjumpa
Seperti mengundang kecaman, netizen mulai menyerbu ruangan balas di komen Hafidz Roshdi tersebut. Rata-rata pelik dengan sikap lelaki itu seolah-olah tidak ada apa yang berlaku di antaranya dengan bekas isteri. Tambahan, mereka juga risau dengan kesihatan psikologi pelakon tersebut dan meminta dia segera mendapatkan rawatan.
Kredit : Mstar, Instagram Shuhada, Instagram Hafidz Roshdi