Pada masa kini, masalah sosial dalam kalangan remaja adalah isu yang kerap menimbulkan kebimbangan masyarakat. Malah, lebih merisaukan apabila wujud banyak aplikasi chatting yang dijadikan sebagai platform untuk berhubung mahupun mengenali seseorang. Akan tetapi jika disalahgunakan, pasti akan membawa mudarat besar kepada penggunanya.
BACA:Â Jangan Bila Free Baru Nak Layan Anak, Mak Ayah Sendiri Kena Rajin Cipta Masa
Perkenalan singkat dengan boyfriend di aplikasi WhatsApp…kurang kasih sayang ibu bapa
Menerusi laporan Sinar Harian, seorang gadis yang hanya ingin dikenali sebagai Tasya (bukan nama sebenar) telah menceritakan pengalamannya menjadi ibu pada usia 15 tahun. Akibat kurang kasih sayang daripada keluarga, remaja berkenaan mengambil keputusan untuk mengikuti teman lelaki yang baru dikenalinya di aplikasi WhatsApp. Selepas nekad untuk ‘bersama’ dengan buah hatinya, Tasya mendapati bahawa dirinya telah mengandungkan anak luar nikah.
Kenal teman lelaki di aplikasi Instagram…buktikan kasih sayang, rela serah tubuh
Susulan laporan berita tersebut, Fatin (bukan nama sebenar) turut berkongsi nasib yang sama. Perkenalan dengan teman lelaki bermula daripada aplikasi Instagram apabila mereka berdua mula bertukar nombor. Selepas lebih 10 kali ‘bersama’, suatu masa Fatin mula merasakan perutnya mula membesar malah ibu gadis tersebut turut perasan perubahan pada anaknya itu. Namun, setelah membuat pemeriksaan doktor Fatin disahkan hamil.
Sumber: Sinar Harian OnlineÂ