Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Joget Mengalahkan Pak Maon, 3 Pekerja ‘Kantoi’ Rupanya Bos Terpacak Di Belakang

28th October 2020
in Viral
Joget Mengalahkan Pak Maon, 3 Pekerja ‘Kantoi’ Rupanya Bos Terpacak Di Belakang
591
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Dalam mencari rezeki yang halal, ada kalanya kita pasti mahu berhibur dengan rakan sekerja untuk mengurangkan stres, kan? Tetapi dalam keseronokan itu, kadang-kadang perangai sebenar pun boleh ‘kantoi’ dengan bos sendiri. Kalau dapat majikan yang sporting memang makin menjadilah gelagat masing-masing. Kejadian lucu tersebut juga digambarkan menerusi video yang tular di aplikasi TikTok ini.

BACA: Anak Demam Tapi Mak Tak Boleh Cuti, Bos Kesal Bila Kena Batang Hidung Sendiri

Sakanjoget dengan kawan dekat tempat kerja…sekali bos berdiri di belakang sambil cekak pinggang

Seorang pemuda dilihat sakan berjoget dengan rakan-rakannya tatkala berada di tempat kerja sambil diiringi oleh lagu rancak. Namun apa yang mencuit hati apabila seorang demi seorang beredar dari kawasan berkenaan gara-gara menyedari kehadiran majikan. Lucunya bos mereka hanya berdiri tegak sambil bercekak pinggang menyaksikan gelagat pekerjanya itu. Tanpa disedari, lelaki berkenaan sempat join ‘sekaki’ menari mengikuti muzik pada akhir video tersebut.

https://www.tiktok.com/@jaihoo87/video/6888508202518891777?_d=secCgsIARCbDRgBIAMoARI%2BCjyAUExs4PJymKXE6DPl3Q6Bs0NbFNLgg4ZjzOIKu9bhvyAKYTMoor0Pq%2BQKPGFSIxutlBBV4ZJ6SsK32tgaAA%3D%3D&language=ms&mid=6816667219825609473&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAe6BQveXXtq6rbwBkE76qYpC1wdsglwVhL-TlRLI90rS5LQE6jq4tiv7j74KLg87C&share_app_name=tiktok&share_item_id=6888508202518891777&share_link_id=6e756912-8e16-47d5-b6e2-d0eeaa15655c&timestamp=1603875655&u_code=dd9f479g3c11ii&user_id=6846567294101996545&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&source=h5_t

Ulang video banyak kali pun lawak juga…tak pasal bos joget sekali dengan staf dia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi tiga orang pemuda itu selepas ternampak kelibat majikan muncul secara tiba-tiba. Selain itu, mereka turut berseloroh kononnya perangai lelaki tersebut sama sahaja seperti stafnya. Secara keseluruhan, video berkenaan telah meraih lebih 20 ribu jumlah tontonan setakat ini.

Joget Mengalahkan Pak Maon, 3 Pekerja ‘Kantoi’ Rupanya Bos Terpacak Di Belakang

Joget Mengalahkan Pak Maon, 3 Pekerja ‘Kantoi’ Rupanya Bos Terpacak Di Belakang

Joget Mengalahkan Pak Maon, 3 Pekerja ‘Kantoi’ Rupanya Bos Terpacak Di Belakang

Sumber: TikTok jaihoo87

Tags: bosjogetkerjaLawakrakan
Next Post
Joget Mengalahkan Pak Maon, 3 Pekerja ‘Kantoi’ Rupanya Bos Terpacak Di Belakang

[VIDEO] Gadis Happy Hidup Single, Tak Payah Serabut Fikir Masalah Relationship

Jersi Muslimah Premium Selesa & Cepat Kering
HP 5G Terbaik untuk Pelajar & Warga Emas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)