Minggu lalu keluarga besar Neelofa telah berangkat menunaikan ibadah umrah termasuk kakaknya Noor Nabila dan anak lelaki Sharnaaz-Nabila, Jebat Jayden. Walaupun ketidakhadiran Engku Emran semasa rombongan tersebut di KLIA menimbulkan pelbagai spekulasi, wanita itu memilih untuk berdiam diri.
BACA : “Macam Tak Ada Apa Berlaku” Netizen Pelik Hafidz Roshdi Komen Gambar Ex Wife
Kalau kita minum banyak, muscle kita jadi yembek yembek
Ketika ahli keluarga sedang beristirehat, telatah anak tunggal Sharnaaz-Nabila sempat bertazkirah dimuat naik oleh ibunya di akaun Instagram. Anak cilik itu petah menceritakan manfaat meminum air zam-zam kepada keluarga. Malah, ketika ahli keluarga menanyakan soalan berkenaan solat, kanak-kanak itu tidak kekok menjawab dengan yakin.
“Sembahyang minta Allah bagi hadiah”
Ingat keluarga je, sekali ada orang lain menumpang dengar..
Rancak memberi ceramah free kepada keluarga besarnya, gelagat Jebat Jayden menarik perhatian seorang wanita tua Arab yang tekun mendengar di belakang kanak-kanak itu. Matanya kerap kali tertumpu pada anak tersebut seolah-olah memahami percakapannya.
Letak tangan atas peha, auto macam Baba dia
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Jebat Jayden malahan berpendapat gayanya tidak ubat seperti bapa, Sharnaaz Ahmad. Mereka juga memuji kecerdikan kanak-kanak 5 tahun itu walaupun sedikit pelat, namun berusaha untuk bercakap dengan orang sekeliling. Selain itu, mereka mendoakan agar anak tersebut membesar menjadi anak yang soleh.
Kredit : Instagram Jebat Jayden