Kemelut rumah tangga yang di alami oleh pengarah tersohor tanah air, Syamsul Yusof, kian rancak dalam arus sensasi dan belum menunjukkan tanda-tanda akan reda dalam masa terdekat. Terlalu banyak rakan selebriti yang tampil memberi komen sehingga mengeruhkan keadaan sedia ada. Oleh yang demikian, menerusi sebuah sesi sidang media, Syamsul Yusof telah memetik secara terus beberapa nama seperti Farid Kamil dan Caprice.
BACA:Â Isteri No 2 Saya Mendengar Kata Saya- Syamsul Yusof
Syamsul Mohon Berhenti Jadi Batu Api
Menurut, pengarah dan pelakon KL Drift tersebut, beliau sedar akan tindakan Caprice dan meminta personaliti media sosial itu untuk berhenti menjadi batu api di antara beliau dan Farid Kamil. Tambah Syamsul, beliau juga tahu apa yang terjadi di antara Caprice dan Sharnaaz Ahmad sebelum ini .
@xtra_my Replying to @sharmaine PRESS CONFERENCE SYAMSUL YUSOF #fyp #xtramy #syamsulyusof #caprice #beritaditiktok #sembangentertainment
Caprice Lari Dari Sharnaaz Ahmad
Berdasarkan apa yang diceritakannya, personaliti yang lantang bersuara berkenaan isu semasa tersebut lari dari bertemu pelakon yang popular menerusi filem Juvana itu. Syamsul turut memberikan amaran bahawa janganlah dek kerana hal ini beliau pergi berjumpa Caprice.
Urusan Rumah Tangga dan Maruah Bukanlah Permainan
Namun, pengarah berusia 39 tahun ini menegaskan beliau tidak mahu bergaduh kerana usia mereka yang sudah lanjut dan mempersoalkan tindakkan Caprice mencampuri urusan rumah tangga dan maruahnya kerana ini bukanlah sebuah permainan.
Sebab Syamsul Bidas Caprice
Alasan Syamsul membidas Caprice adalah kerana sebelum ini personaliti media sosial itu pernah tular dengan sebuah perkongsian Instagram. Perkongsian tersebut berkenaan cadangan untuk mengadakan sebuah pertunjukan tinju amal di antara Farid Kamil dan Syamsul Yusof.
Kredit: Tiktok xtra_my