Tidak dinafikan moment mengandung adalah satu berita gembira buat setiap insan yang sudah mendirikan rumah tangga. Namun begitu, kerap juga kita saksikan di media sosial sekarang ini mengenai kisah suami isteri yang terpaksa berputih mata apabila berlakunya keguguran. Walaupun ada yang menuduh puncanya adalah sikap ibu yang sanggup meIanggar pantang seperti makan buah nanas, kerap bersukan dan sebagainya, namun semua itu disangkal oleh ahli gynecologist, Prof Imelda Balchin.
BACA:Â Ulat Resdung Tak Wujud, Doktor Ini Bongkar Mitos Tentang Resdung!
Ini adalah kehamilan tanpa embryo
Menerusi posting terbaru di laman FB miliknya, doktor pakar ini berkongsi paparan kantung kehamilan yang selalu diperoleh para ibu ketika membuat check up. Apa yang lainnya mengenai imej ini adalah ianya memaparkan kantung kehamilan tanpa sebarang janin yang terbentuk di dalamnya.
40% wanita mengalami…kalau janin terbentuk pun tidak normal & gugur
Jelasnya, perkara ini terjadi apabila terdapat baka DNA rosak dalam benih telur atau sperma yang merupakan agen penting dalam proses persenyawaan. Justeru perkara ini adalah hampir mustahil untuk dikawal. Jika saringan ultrasound mendapati ada janin dan nadi jantungnya, maka itu barulah kehamilan yang normal.
Jangan cari kesalahan wanita yang mengalami keguguran..
Prof Imelda terpanggil untuk memberi pencerahan tentang perkara ini kerana ramai wanita di luar sana menyalahkan diri mereka kerana gagal untuk mendapatkan sebarang zuriat. Oleh sebab itu, dia turut menyeru masyarakat agar jangan mencari kesalahan para ibu yang telah gugur kerana perkara ini berlaku gara-gara faktor dalaman, bukannya luaran seperti jenis makanan serta aktiviti yang mereka lakukan.
Sumber: FB Imelda Balchin