Memikul gelaran sebagai seorang isteri mahupun ibu bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini kerana mereka terikat dengan tanggungjawab yang berat lebih-lebih lagi untuk si ibu bekerjaya. Nyatanya, segala pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini tidak akan terbalas sampai bila-bila. Oleh itu, gelaran sebagai ‘superwoman‘ kepada golongan ini sememangnya wajar seperti yang digambarkan oleh Taufiq Razif di laman Facebooknya.
BACA:Â Rimas Anak Kuat Ngempeng Ibu Ini Kongsi Cara Didik Agar Pandai Tidur Sendiri
Bukan tak reti penat, tapi kena kuat semangat
Seperti yang diketahui, wanita perlu melakukan kerja tanpa mengira waktu menyebabkan mereka rasa penat. Namun kepenatan tersebut bukanlah punca untuk mereka berhenti daripada segalanya. Walaupun wanita sering disifatkan sebagai golongan yang lemah dalam stigma masyarakat kita, namun kekuatan yang ada dalam diri golongan ini membuktikan bahawa gelaran ‘superwoman‘ memang layak dipegang dan bukanlah fiksyen semata-mata.Â
Pengorbanan dilakukan demi kebahagiaan semua
Justeru, pakar perubatan ini turut menekankan supaya tidak mensia-siakan segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh golongan wanita. Bahkan superwoman ini pastinya menjadi merupakan sumber kebahagiaan di dunia. Begitulah hebatnya gambaran perwatakan seorang wanita yang telah diberikan oleh doktor ini.
Tak ada gaji, tak ada MC
Tidak ada orang yang sanggup bekerja tanpa ganjaran lebih-lebih lagi apabila perlu bekerja tanpa henti. Namun, golongan perempuan khususnya yang sudah mendirikan rumah tangga tetap menjalankan tugas dengan penuh kerelaan demi menjamin kesenangan keluarga secara harian. Namun, sangat besar pahala yang akan diperoleh dengan memikul tanggungjawab tersebut. Secara keseluruhan, perkongsian ini telah mendapat respon yang positif daripada netizen. Rata-rata mereka mengatakan rasa lebih dihargai selepas membaca posting itu.Â
Sumber: Facebook Taufiq Razif