Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Isteri Dah Terberanak Separuh Tapi Bertegas Nak IC, Bapa Kesal Kehilangan Baby

12th December 2019
in Viral
Isteri Dah Terberanak Separuh Tapi Bertegas Nak IC, Bapa Kesal Kehilangan Baby
587
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Keterujaan menantikan zuriat yang berbulan-bulan membesar dalam kandungan isteri sudah tentu menjadi hal menggembirakan. Sepanjang itu juga, suami isteri ligat memikirkan nama dan membeli pelbagai barangan persediaan untuk menyambut zuriat baru. Namun keadaan berbeza menimpa seorang bapa bernama Mohamed Riduan yang berasal dari negeri Pantai Timur ini tatkala bayinya kehilangan nyawa selepas terikat dengan sistem di saat getir kelahirannya.

BACA : Nurse Labour Room Memang Garang Bak Singa Betina Tapi Janganlah Dihina Pula

Dah pecah air ketuban…Bayi dah keluar separuh

Kisah duka tersebut mula dikongsikan menerusi Facebooknya sendiri sejak beberapa hari lalu sehingga mendapat ribuan perkongsian semula oleh netizen. Dedah bapa ini, kejadian pilu tersebut berlaku pada waktu pagi berlokasi di sebuah pusat perubatan awam yang terletak di Terengganu. Pada tanggal 8 Disember 2019, isterinya sudah benar-benar mahu melahirkan sehingga bayi berkenaan sudah keluar sehingga ke paras kaki. Namun entah bagaimana, dia tertinggal dokumen penting kerana begitu panik untuk menghantar isterinya mendapatkan rawatan segera.

Isteri Dah Terberanak Separuh Tapi Bertegas Nak IC, Bapa Kesal Kehilangan Baby

Isteri Dah Terberanak Separuh Tapi Bertegas Nak IC, Bapa Kesal Kehilangan Baby
Gambar sekadar hiasan

Bagi saya ini kesalahan etika dan sangat kurang ajar

Dek kerana perlu mematuhi prosedur yang sudah ditetapkan, pihak pusat perubatan itu terus-terusan meminta kad pengenalan meskipun keadaan wanita berkenaan bagai berada di hujung tanduk. Riduan pula semakin buntu dan mula berasa kesal dengan layanan buruk yang diterima. Tidak lama selepas itu, mujur saja konflik dapat diselesaikan dan isterinya segera dibawa menerima rawatan sehingga selamat melahirkan anak yang diberi nama Mohamed Alauddin Arif.

Isteri Dah Terberanak Separuh Tapi Bertegas Nak IC, Bapa Kesal Kehilangan Baby

Isteri Dah Terberanak Separuh Tapi Bertegas Nak IC, Bapa Kesal Kehilangan Baby

Isteri Dah Terberanak Separuh Tapi Bertegas Nak IC, Bapa Kesal Kehilangan Baby
Gambar sekadar hiasan

Adik Arif dah tunggu kakak di syurga

Namun begitu, bayi yang baru dilahirkan itu akhirnya kembali bertemu Ilahi pada keesokan hari iaitu 9 Disember 2019. Menurut lelaki ini lagi, berita sedih itu cukup meruntun jiwanya dan seisi keluarga. Bahkan saat menulis luahan sebak ini, dia hanya mampu menangis mengenangkan segala yang sudah terjadi.

Isteri Dah Terberanak Separuh Tapi Bertegas Nak IC, Bapa Kesal Kehilangan Baby

Isteri Dah Terberanak Separuh Tapi Bertegas Nak IC, Bapa Kesal Kehilangan Baby

 

Sumber : Facebook Kelana Jagat

Tags: bayiilahijururawatkad pengenalansongsang
Next Post
Isteri Dah Terberanak Separuh Tapi Bertegas Nak IC, Bapa Kesal Kehilangan Baby

Fitri Haris Bergelar Doktor Falsafah, Tempuhi 4 tahun Berliku

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)