Ibarat sudah menjadi kebiasaan pula buat para pelajar baik sekolah mahupun universiti menjadikan tempat makan sebagai lokasi untuk study. Baru-baru ini tular di laman Tiktok, apabila seorang wanita meluahkan ketidakpuasan hati terhadap sekumpulan pelajar yang bersikap kurang ajar dengan menyuruhnya dan juga anak senyap kerana ganggu suasana belajar.
BACA:Â Ustaz Buat Live Masa Spotcheck, Pelajar Asrama Kena Kantoikan Dengan Viewers
Kalau adik nak belajar pandai dapat 4flat, adik pergi belajar dekat library
“Tempat makan untuk makan, library untuk study, jamban untuk buang air besar. Kena bezakan benda itu dulu”. Inilah kata-kata yang diujarkan oleh wanita tersebut apabila mereka diarah senyap oleh kumpulan berkenaan. Sedangkan lokasi mereka ketika itu adalah tempat bersosial bersama ahli keluarga dan bukannya perlu privasi seperti di perpustakaan.
@huzaifahzolkepli1 Kedai makan bukan tempat study, adik kena tau dulu adab menuntut ilmu dan adab bermasyarakat. Ll🙄
♬ original sound – Huzaifah | Suka Beletiaq – Huzaifah Zolkepli
Sikap melambangkan identiti, jangan rosakkan imej universiti
Lebih panas lagi adalah terdahulu sebelumnya kumpulan pelajar berkenaan yang membuat bising dengan bermain TikTok serta bergelak ketawa sesama sendiri. Tidak menjadi kesalahan jika ingin belajar di tempat makan, tetapi kena faham tempat makan untuk orang makan, jangan suruh orang diam.
@huzaifahzolkepli1 Replying to @TuNaiSeven saya harap menjawab soalan tuan tuan dan puan puan, guna tiktok ke arah kebaikkan, sampaikan nasihat supaya ramai lagi dapat info dan tak ulangi benda yang sama. Dapat sesuatu?? So nak belajar jaga adab dulu.. #adabbelajar #adabmenuntutilmu #kurangajar #kakaksukabeletiaq #huzaifahzolkepli
♬ original sound – Huzaifah | Suka Beletiaq – Huzaifah Zolkepli
Luah di Tiktok supaya student-student lain tidak mengulangi perkara yang sama
Meninjau di ruangan komen wanita berkenaan, ramai warganet yang menyokong sikap dan tindakan beliau. Hal ini telah membuktikan bahawa tempat makan tidak sepatutnya dijadikan tempat belajar jika mahu keadaan senyap dan sunyi.
Rata-rata netizen yang membalas komen di posting tersebut berasa puas hati kerana wanita itu berani menegur pelajar terbabit secara berdepan.
Kredit: Tiktok huzaifahzolkepli1