“Meremang habis bulu roma dibuatnya”. Itulah yang terlintas di minda kita apabila memikirkan tentang pelbagai kisah mistik. Walaupun kedengaran seram, namun makhluk halus memang benar-benar wujud dan kadangkala suka mengusik manusia. Bercakap mengenai makhluk tersebut, semua orang pasti ada pengalaman peribadi masing-masing saat terkena gangguan. Betul ataupun tidak, hanya tuan badan sahaja yang mengetahui kebenarannya.
BACA :Â Singgah Makan Di R&R Seremban-KL, Masa Bayar Baru Sedar Takde Orang Langsung
Rumah ni dah berbelas tahun kosong
Tidak ketinggalan, seorang lelaki di Twitter sempat berkongsikan sedikit kisah menakutkan tentang sebuah rumah terbiar yang ada di sekitar kediamannya. Dek kerana tidak dihuni oleh sesiapa, rumah berkenaan berubah menjadi tempat pembuangan perabot oleh penduduk di situ. Menurut pengalaman abang ipar Jarr sendiri, lelaki itu pernah menyangka jirannya sedang seronok berkaraoke pada tengah malam. Padahal suara nyanyian itu datang dari rumah kosong tersebut.
Perempuan mundar-mandir depan rumah
Dedah Jarr pula, dia sendiri pernah diusik sewaktu melintasi kawasan hadapan kediaman kosong itu. Memberanikan diri untuk melihat siapakah yang menegur dirinya, ternyata tindakan itu mengundang padah apabila dia terlihat satu lembaga menyeramkan di pagar rumah sebelum segera berlalu pergi. Di hujung kisah ini lagi, ibunya pernah juga menceritakan bahawa dahulunya rumah itu didiami oleh sepasang suami isteri. Malang sekali, hayat mereka berdua berakhir dengan sebuah tragedi hitam.
Sumber : Twitter Jarr