Sejak sah bergelar isteri kepada seorang trader iaitu Aliff Awang bulan lalu, kehidupan Fatin Afeefa kini sering menjadi perhatian ramai. Mana tidaknya, pantang ada sesi live atau hantaran terbaru di media sosial pasti laju sahaja peminat akan repost untuk dikongsi buat tatapan umum.
BACA:Â [VIDEO] Hurmm..Lazatt Suami Fatin Afeefa Tunjuk Love Bite Di Live Tiktok
Fatin dan suami berkesempatan ke konsert A.R. Rahman
Samalah juga dengan perkongsian terbaru aktres berkenaan bersama suaminya yang berkesempatan menghadiri konsert penyanyi terkenal India iaitu A. R. Rahman baru-baru ini. Usai berhibur di acara tersebut, mereka berdua serta Supercar Gang sempat menjamu selera bersama di salah sebuah dewan makan.
Fatin Afeefa sibuk beratur mengambil makanan…Disapa oleh salah seorang kenalan
Walaubagaimanapun ketika berada di ruangan tersebut, hanya Fatin sahaja yang sibuk beratur untuk mengambil makanan yang dihidangkan secara buffet. Manakala Aliff kelihatan santai menunggu di meja makan berhampiran. Susulan itu, salah seorang rakan telah menegur tindakan lelaki tersebut namun pelakon wanita berkenaan hanya ketawa sahaja.
https://www.tiktok.com/@yoursbabe_11/video/7194093447819611419?is_from_webapp=1&web_id=7150435626100622850
Selalu kalau dekat rumah atau kenduri memang ambilkan sekali untuk suami
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen akui perbuatan tersebut tidak salah memandangkan masing-masing turut beri layanan sedemikian terhadap pasangan. Selain itu, ada yang berseloroh kononnya Aliff berbuat sebegitu kerana ingin menjaga tempat duduk daripada diambil orang lain.
Ada yang akui lebih suka mengambil makanan secara sendiri kerana hidangan bakal dipilih lebih sesuai dengan citarasa.
Pun begitu, masing-masing turut mendedahkan sering bergilir-gilir dengan pasangan untuk mengambil juadah yang terhidang.
Kredit: TikTok yoursbabe_11