Pernah meraih populariti sewaktu menyertai rancangan realiti ‘Mentor Otai’ pada tahun 2018 lalu, pastinya anda masih mengingati penyanyi bernama Alina Hassan. Bukan sahaja memiliki wajah yang anggun, malahan suara lunaknya sering kali mendapat pujian ramai. Hasil kerja keras, dia juga berjaya meraih tempat ketiga dalam program tersebut. Namun sesungguhnya, langit itu tidaklah selalunya cerah.
BACA : Minggu PKP Macam Putus Income 2 Tahun Individu Kecewa Artis Banyak Demand
Selagi kuat bekerja, saya akan terus kerja
Melalui portal Harian Metro, Alina kini menjalani kehidupan seperti orang-orang biasa. Tidak ketinggalan, musim Perintah Kawalan Pergerakan turut mengganggu periuk nasinya apabila beberapa acara nyanyian terpaksa dibatalkan.Tidak terlalu berharap kepada bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup, dia gigih mengambil upah membeli barangan di sekitar kawasan perumahannya. Mengakui hasilnya tidaklah semewah mana, namun Alina bersyukur dengan rezeki tersebut.
Kalau boleh tak nak ambil sumbangan
Dalam pada itu, dia juga mendedahkan kebanyakan wangnya telah habis untuk melangsaikan hutang. Meskipun dia perlu hidup secara sederhana kini, Alina masih bersyukur kerana sekurang-kuranya semua bebanan hutang sudah tiada lagi. Lebih meruntun jiwa, penyanyi itu sempat juga berkongsikan tentang keadaan di rumah sewanya. Walaupun berada dalam keadaan susah, dia nekad bekerja untuk mengisi perut sendiri memandangkan ada orang di luar sana yang lebih layak mendapat bantuan pihak berwajib.
Sumber : Portal Harian Metro