Dalam urusan mencari suami atau isteri, tiada siapa boleh menjangka apa yang akan berlaku. Bercinta berbelas tahun pun belum tentu berkahwin, dan boleh jadi pengenalan yang tidak disangka-sangka akan berakhir di jinjang pelamin. Begitu juga yang terjadi kepada pengantin baharu ini.
Saja balas komen Twitter, tak sangka pula…
Seorang pengguna Twitter bernama Shafiqah Nurul Ain telah berkongsi cara perkenalan dengan suami yang sangat berbeza dengan couples lain. Siapa sangka hanya daripada satu komen lucu di statusnya, mereka yang dahulunya tidak mengenali antara satu sama lain telah diijab kabulkan pada 15 Mac 2020.
“Hai bakal suami. Saya power buat nes..”
Tweet yang diletakkan di status untuk umum telah dijawab oleh seorang yang tidak dikenali oleh beliau yang kini menjadi teman sepanjang hayatnya.
Saya stranger ke bagi awak…
Malah soalan yang tiba-tiba saja keluar daripada mulut suami apabila menyaksikan posting tersebut membuatkan Syafiqah ketawa kerana ia sangat comel. Dia mengambil kesempatan itu untuk berterima kasih kepada semua orang yang mengharapkan kebahagiaan mereka berkekalan. Wanita itu turut mendoakan agar orang lain di luar sana turut dijodohkan dengan pilihan hati masing-masing.
Gambar perkahwinan mereka yang dikongsi sangat meriah dan cantik. Kedua-dua mereka nampak padan antara satu sama lain.
Nak buat juga, mana tahu jumpa jodoh…
Posting ringkas tapi amat bermakna itu telah mendapat lebih 5 ribu retweets setakat ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pengalaman yang dilalui wanita itu. Malah, ada yang berseloroh untuk mencuba perkara tersebut dengan harapan mereka juga akan mengecapi kebahagian yang sama seperti itu.
Sumber: Twitter Whyshiqa