Setiap ibu bapa pasti tidak menghadapi masalah untuk menjaga anaknya yang tidak sihat. Tapi adakah seorang anak itu mampu untuk menjaga ibu bapa mereka suatu masa nanti? Bagai menatang minyak yang penuh itulah kata-kata yang sering didengar apabila berkait dengan ibu bapa.
BACA:Â [VIDEO] 22 Tahun Terpisah Tanpa Berita, Gadis Nekad Cari Bapa Warga Korea
Dah dua hari tak boleh tidur, dapat berita ayah tidak sihat
Berdasarkan video yang dikongsi oleh Maryam di akaun Tiktok miliknya, yang sanggup pulang ke kampung untuk menjaga ayahnya yang tidak sihat. Maryam dan kakaknya baru sahaja pulang ke kampung 2 minggu lepas tapi bila mendapat khabar ayahnya demam terus mereka balik semula ke kampung halaman.
@maryamedrys
Balik tengok ayah demam, suami urus anak-anak
Maryam sangat bersyukur kerana suaminya sangat memahami situasi mereka saat ini. Keadaan ayahnya yang uzur perlu penjagaan yang penuh terutamanya dari anak-anak kesayangan. Orang-orang tua selalunya susah jika disuruh pergi ke pusat kesihatan oleh itu Maryam dan kakaknya nekad untuk bawa ibu bapanya ke KL bagi memudahkan urusan penjagaanya.
Walaupun kita perempuan tapi sampai masa kemampuan kita itu lebih daripada hakikat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji perkara yang dilakukan oleh adik-beradik ini. Pada masa yang sama, ramai yang teringat akan orang tua masing-masing sehingga menitiskan air mata mengenangkan segala yang telah diberi oleh mereka sebelum ini. Kakak Maryam juga sanggup mengangkat ayahnya yang uzur itu sebelum mereka bergerak pulang ke Kuala Lumpur.
Kredit: Tiktok MaryamEdrys