Tragedi gadis ajal disamun yang terjadi semalam di Kampung Lubuk Batu, Terengganu ternyata meruntun jiwa ramai orang. Lebih tragis apabila mengenangkan kejadian tersebut berlaku depan mata ibunya yang terlantar di dalam bilik kerana menghidap barah otak.
BACA:Â Penuh Kasih Sayang, Kenangan Hari Jadi Terakhir Noah Bersama Ayah Cetus Sebak
Sempat pesan kepada teman lelaki suruh jaga diri sebelum pergi kerja…
Memetik laporan Harian Metro, teman lelakinya iaitu Muhammad Haiqal sempat menerima pesanan terakhir daripada gadis malang berusia 19 tahun terbabit, Dalam Whatsapp tersebut, Siti Surya Ismail berpesan kepada teman lelakinya untuk menjaga diri sebelum pergi ke tempat kerja pada pagi hari kejadian.
Macam tak percaya, baru beberapa hari lepas mesra bersembang dengan ibu teman lelaki
Selain itu, Haiqal akui masih berasa tidak percaya kerana sempat melawat ibu kepada Siti Surya di rumah beberapa hari sebelum tragedi berkenaan berlaku. Malahan, gadis terbabit begitu mesra bersembang dan ibunya sempat berpesan supaya menjaga diri dan kesihatan.
Terkilan tak dapat tunaikan hasrat untuk berkahwin, patutnya hujung tahun ni tapi terpaksa tunda
Tidak cukup dengan itu, Haiqal akui berasa terkilan tidak dapat menunaikan hasrat Siti Surya untuk mendirikan rumah tangga bersama. Terangnya lagi, rancangan untuk berkahwin hujung tahun ini terpaksa ditangguhkan pada 2021 ekoran kondisi ibu kepada Siti Surya yang tidak mengizinkan.
Sumber: FB Harian Metro