Masih lagi dalam fasa cuba untuk mempertahankan rumah tangga yang hampir mencecah usia 11 tahun perkahwinan, Farid Kamil dilihat berusaha sedaya upaya mencari jalan perdamaian antara dia dan isterinya Diana Danielle.
BACA: “Orang Cakap Mula-Mula Kahwin Memang Semuanya Indah Tapi..” – Diana Danielle
Farid bawa bunga dan cincin sebagai tanda perdamaian
Menurut Berita Harian, Farid yang dilihat hadir ke mahkamah dengan menaiki sebuah velfire berwarna putih telah membawa sejambak bunga beserta sebentuk cincin untuk menambat hati isterinya. Namun begitu, usaha yang cuba dilakukan oleh Farid boleh dikatakan hanya sia-sia apabila perbuatannya itu langsung tidak diendahkan. Diana yang masih teguh dengan pendiriannya untuk berpisah langsung tidak menerima jambangan bunga dan cincin yang diberikan kepadanya malah hanya dibiarkan diatas sebuah kerusi.
Diana tidak makan pujukan dan enggan untuk berbincang
Tidak cukup sekadar itu, dia turut mengambil tindakan untuk berbincang dengan isterinya diperkarangan luar mahkamah selepas selesai prosiding pada pagi tadi. Namun begitu, perbincangan yang telah disaksikan oleh peguam kedua-dua pihak itu bertukar menjadi tegang apabila berlaku sedikit kekecohan semasa perkara tersebut berlangsung. Lebih mengejutkan, mereka yang berada disitu turut menyaksikan Diana bertindak menepis Farid yang cuba untuk mendakapnya.
Ditenangkan oleh peguam kerana kesal akan perbuatan suaminya
Rentetan itu, Diana Danielle yang dilihat sedang marah terhadap perbuatan Farid Kamil bertindak meneruskan langkah untuk beredar dari kawasan tersebut. Dia kemudian ditenangkan oleh Datuk Akberdin Abdul Kader iaitu peguam yang mewakili kesnya.
Kredit: Berita Harian & Kosmo Online