Sejak kebelakangan ini, peningkatan bilangan COVID-19 di Malaysia semakin membimbangkan. Bahkan, Sabah dilaporkan antara yang telah mencatatkan angka jangkitan tertinggi. Meskipun berada dalam keadaan getir, tetapi peranan seorang wartawan masih perlu diteruskan terutamanya dalam menyalurkan informasi dari semasa ke semasa. Bagi Azrul Affandi Sobry pula, kepulangannya ke Semenanjung bertukar duka apabila dia disahkan dijangkiti wabak berkenaan dan kini sedang menerima rawatan.
BACA:Â Mimpi Ngeri Berulang, Frontliner Dedahkan COVID-19 Di Sabah – “ICU Dah Penuh”
Lantang bahas tentang COVID-19, akhirnya sah positif
Kali kedua buat swab test baru dapat kesan COVID-19…risau berjangkit dengan rakan sekerja
Menerusi posting di Facebook, wartawan akhbar ini sempat berkongsi pelbagai kisahnya sepanjang berada di pusat rawatan tersebut. Salah satu individu menyatakan bahawa telah menjalani ujian saringan sebanyak dua kali selepas ujian pertamanya menunjukkan result negatif. Tetapi apabila merasakan tidak sedap badan, dia terus melakukan swab test dan mendapati dirinya positif COVID-19. Selain itu, ada antaranya yang dikuarantin selepas pulang dari bercuti dan bertugas di Sabah.
Tak ada deria rasa…selesa jalani tempoh kuarantin di pusat rawatan
Dalam pada itu, Azrul Affandy Sobry menyatakan bahawa salah satu simptom yang dialaminya adalah ketiadaan deria rasa. Akan tetapi, ia akan kembali selepas 3 hari seperti yang dijelaskan oleh kenalannya di situ. Menurutnya, tempoh kuarantin yang sedang dijalani itu dirasakan sangat selesa.
Sumber: Facebook Azrul Affandi Sobry HM