Kini bergelar rapper terkenal, kemunculan Yonnyboii semakin menjadi tumpuan terutamanya dalam kalangan golongan muda. Meskipun baru setahun jagung dalam industri hiburan, namun penyanyi lelaki ini sememangnya tidak dapat ‘lari’ daripada sebarang isu.
BACA: Baru Nak Nyanyi Lagu Sendu, Abang Pasrah Adik Jadi Back Up Dancer Di Belakang
Berbaik semula dengan individu yang pernah mengganggunya…turut maafkan segala kesilapan
Baru-baru ini menerusi portal mStar Online, Yonnyboii menyatakan bahawa beberapa individu yang pernah mengganggunya tatkala berada di zaman kolej telah mula membina semula hubungan baik dengannya. Bukan sahaja sudah memaafkan segala kesilapan, malah penyanyi lagu ‘Salahku’ itu mengakui salah seorang daripadanya kini menjadi rakan kongsi perniagaan.
Alami masalah ADHD sampai jadi over-react…mudah marah punca kekurangan kawan
Yonnyboii juga sempat berkongsi bahawa masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) yang dialami menyebabkannya menjadi over-react. Selain gemar duduk bersendirian, sifatnya yang mudah marah juga menjadi punca dia kekurangan kawan.
“Saya ada ADHD. Sebab setiap kali bercakap atau over-excited, kesannya akan jadi over-react. Itu yang orang akan nampak pelik..”
Ex girlfriend datang cari semula…dah maafkan, tapi tak nak jumpa dia lagi
Dalam pada itu, Yonnyboii mendedahkan bekas teman wanitanya telah muncul semula dalam hidupnya. Meskipun sudah move on, kalau boleh dia enggan bertemu lagi dengan individu berkenaan.
Sumber: Instagram yonnyboii, Portal mStar Online