Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

Dituduh Menipu Klien, Isteri Da’i Farhan Boleh Dihukum Penjara Hingga 10 Tahun

4th March 2020
in Berita Semasa
Dituduh Menipu Klien, Isteri Da’i Farhan Boleh Dihukum Penjara Hingga 10 Tahun
587
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Sekitar hujung tahun lalu, nama pendakwah bebas iaitu Da’i Farhan pernah hangat gara-gara bernikah dengan seorang wanita di Tanah Haram. Tak cukup dengan itu, dia juga nekad untuk berpisah dengan bekas isteri pertama selepas kisah rumah tangga mereka dikatakan ada campur tangan pihak luar. Disangka sudah berakhir, tetapi baru-baru ini timbul pula kontroversi menyatakan bahawa isterinya ditahan pihak berkuasa pada 3 Mac yang lalu.

BACA: Ceramah PU Rahmat Hampir Dibatalkan, Rupanya Manegement Sangka Dia Da’i Farhan

Dituduh Menipu Klien, Isteri Da’i Farhan Boleh Dihukum Penjara Hingga 10 Tahun

Dituduh tipu klien wanita…boleh dikenakan hukuman berat

Menerusi portal Harian Metro, Dr. Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi dituduh menipu seorang klien berikutan gagal mendapatkan Sijil Halal JAKIM dan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu miliknya. Wanita berkenaan turut dilaporkan telah menyerahkan wang sejumlah RM10,050 bagi tujuan tersebut pada 21 Disember 2017 hingga 26 Februari 2018. Sekiranya terbukti bersalah, dia bakal berdepan hukuman penjara kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun berserta sebatan.

Dituduh Menipu Klien, Isteri Da’i Farhan Boleh Dihukum Penjara Hingga 10 Tahun

Perlu bayar jaminan RM4,000…Suami pula enggan beri keterangan

Walau bagaimanapun, wanita berusia 4o tahun terbabit mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebentar tadi. Pihak peguam bela pula memohon mahkamah untuk mengurangkan kadar jaminan ditawarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya berikutan Dr Erin adalah penanggung tunggal kepada 8 orang anaknya. Susulan itu, Majistret memerintahkan tertuduh membayar jaminan berjumlah RM4,000 serta menetapkan tarikh 3 April 2020 bagi sesi serahan dokumen. Dalam pada itu, Da’i Farhan yang turut berada di perkarangan mahkamah enggan mengulas lanjut kepada pihak media mengenai isu tersebut.

Dituduh Menipu Klien, Isteri Da’i Farhan Boleh Dihukum Penjara Hingga 10 Tahun
Kredit foto: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Tags: 10 tahunda'idr erinfarhanisteriklienmahkamahmenipupenjarasuami

Related Posts

Dituduh Menipu Klien, Isteri Da’i Farhan Boleh Dihukum Penjara Hingga 10 Tahun
Berita Semasa

“Nak Pergi Kedai” – Orang Awam Terkejut Rupanya Budak 6 Tahun Yang Bawa Kereta!

10th May 2023
Dituduh Menipu Klien, Isteri Da’i Farhan Boleh Dihukum Penjara Hingga 10 Tahun
Berita Semasa

Tangan Merayap Dicelah ‘Seat’ Wanita, Lelaki Dalam Bas Diberi Amaran

5th May 2023
Dituduh Menipu Klien, Isteri Da’i Farhan Boleh Dihukum Penjara Hingga 10 Tahun
Berita Semasa

“Aku Padam Kak”- Lelaki Usia 20 Tahun Tertangkap Mengintai Di Tandas Awam

4th May 2023
Dituduh Menipu Klien, Isteri Da’i Farhan Boleh Dihukum Penjara Hingga 10 Tahun
Artis

Rosyam Nor Timang Cucu Kelima, Syukur Dapat ‘Anugerah’ Comel Di Bulan Ramadhan

10th April 2023
Dituduh Menipu Klien, Isteri Da’i Farhan Boleh Dihukum Penjara Hingga 10 Tahun
Artis

“Baby Shark Do Doo” – Ali Puteh Syukur Ramai Sokong Beli Baju Tidur Kanak-Kanak

31st March 2023
Next Post
Dituduh Menipu Klien, Isteri Da’i Farhan Boleh Dihukum Penjara Hingga 10 Tahun

[VIDEO] Best Macam Episod Lama, Running Man Kembali Dengan Game 'Human Bowling'

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)