Sentiasa merendah diri dan bercakap dengan penuh sopan, personaliti menarik Madammu sering jadi perhatian ramai. Selama ini, usahawan jelita berkenaan dilihat sangat terbuka untuk berkongsi kehidupan bahagianya bersama suami dan anak-anak, namun siapa sangka rupanya turut menyimpan kisah duka sendiri.
BACA: Derma RM1K Barangan Banjir, Lelaki Cuma Harap Doakan Ibu Strok Sihat Kembali
Setiap kali hari bapa, Madammu dan adik-beradik seumur hidup tak pernah ada ucapan ‘Selamat Hari Bapa’
Terdahulu, Madammu atau nama sebenar, Eriyca Baiduri pernah berkongsi peristiwa sedih zaman kanak-kanak apabila dia bersama dua orang adik beradik yang lain ditinggalkan bapa sendiri. Pada ketika itu, masing-masing berusia 4 tahun, 2 tahun dan 30 hari. Tidak pernah melakar memori ketika masih kecil bersama, difahamkan mereka hanya beberapa kali bertemu namun tidak pernah berbual panjang.
https://www.tiktok.com/@eriyca.baiduri/video/7110883194655853851
@noir_fizastokis Yang faham saja yang akan feel Perasaan Madammu.. #ladyofnoirmalaysia #madammu #madammunoir #hanyanoir #fypシ #viral #viralditiktok #bapa #masukberanda #anak #noir #sayang #ayah
Tercapai niat nak bawa anak-anak jumpa atok dia
Bagaimanapun baru-baru ini, kakak serta adik Madammu iaitu Datin Thalia Baiduri dan Dayana Baiduri berkesempatan membawa anak-anak berjumpa dengan datuk mereka di Terengganu. Namun, pengasas kosmetik tersebut tidak dapat turut serta memandangkan kini sedang sarat hamil.
@dayanabaiduri Tak sangka moment ni jadi selepas 32 tahun. alhamdulilah. doakan yang terbaik untuk semua 🤲🏻
Jelas terpancar riak kegembiraan di wajah masing-masing apabila hasrat untuk bertemu dengan si bapa akhirnya tercapai jua meskipun agak terlambat. Dalam pada itu, Datin Thalia gagal menahan rasa sebak kerana tidak menyangka dapat bersua kembali dengan individu yang amat disayanginya itu.
Walau macam mana sekalipun, dia tetap ayah kita
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak melihat detik pertemuan kembali anak-beranak tersebut. Dalam pada itu, individu yang mengenali si bapa ternyata terkejut sebaik mengetahui bahawa 3 orang wanita berkenaan merupakan anak kandung lelaki tua tersebut.
Pun begitu, netizen juga akui seorang bapa lebih banyak memendam perasaan sendiri berbanding meluahkan segalanya.
Menyifatkan dirinya seorang pendiam, individu yang mengenali bapa Madammu akui lelaki tua berkenaan sering bercerita hal baik-baik sahaja mengenai 3 orang wanita rupawan itu.
Kredit: TikTok eriyca.baiduri, thaliabaiduri, dayanabaiduri & noir_fizastokis