Baru-baru ini, penyanyi kelahiran Korea Selatan iaitu Han Byul telah dinobatkan sebagai juara rancangan realiti Big Stage 2019. Kemenangan itu berpihak kepadanya kerana persembahan yang mantap dan konsisten pada setiap minggu. Namun, ketika nama Han Byul diumumkan sebagai pemenang, Neeta telah merangkul penyanyi itu sehingga mendatangkan rasa kurang senang para penonton di rumah mahupun studio.
BACA :Â Ini Senarai Penuh BBNU Big Stage 2019, Tapi Artis K-Pop Paling Curi Perhatian!
Aksi Neeta rangkul Han Byul
Antara komen netizen..
Tindakan spontan Neeta dan Han Byul berbuat demikian semasa program itu sedang bersiaran langsung dikatakan agak kurang sopan dan tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada orang ramai. Perkara itu turut menjadi bualan hangat di laman media sosial khususnya di Twitter.
Bukan saya nak kata salah atau betul..
Enggan membiarkan isu berkenaan terus menjadi bualan hangat para netizen, penyanyi berusia 25 tahun ini memberi penjelasan bahawa dia dan Han Byul pernah saja berbuat demikian sebelum ini. Malah hubungan mereka juga sudah rapat sejak awal pertandingan lagi.
Guna internet sebar benda positif, tegur guna ayat baik
Dalam pada itu, Neeta yang berketurunan Cina dan India ini meminta para netizen menggunakan media sosial dengan cara berhemah serta menyebarkan perkara positif saja. Menurutnya, jika netizen mahu memberikan teguran supaya menggunakan ayat yang baik.
Neeta atau Neeta Manisha adalah vokalis kumpulan indie iamNEETA dan merupakan anak kelahiran Sungai Petani, Kedah. Neeta mempunyai kacukan Cina, India dan Siam serta anak tunggal dalam keluarganya.
Sumber : IG Astro Gempak , mStar