Selain kehilangan terlalu ramai nyawa insan yang tak bersalah, musibah pandemik COVID-19 ternyata memberikan impak yang sangat buruk terhadap segenap lapisan masyarakat. Bagi keluarga yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang khususnya, kehilangan sumber pendapatan pada waktu sukar sebegini amat perit untuk ditelan.
BACA:Â Ambulans Bawa Pergi Budak Sekolah Positif COVID-19, Ibu Ayah Tak Boleh Temankan
Ditahan polis sebab ingkar PKP…isteri menangis bekalan rumah habis
Begitulah situasi yang menimpa sepasang suami isteri yang dijumpai berlegar sekitar kawasan permainan Taman Tampoi Indah, Johor baru-baru ini. Gara-gara tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kedua-duanya termasuk anak kecil mereka telah didatangi polis peronda supaya kembali ke rumah. Namun tak semena-mena, si isteri mula mengalirkan air mata dan mendedahkan kesempitan hidup yang dialami saat ini.
Hilang punca rezeki…terpaksa beri anak minum milo bercampur gula
Luah wanita tersebut, dia merupakan seorang tukang cuci di Larkin dan kini tidak mempunyai sumber pendapatan lain gara-gara dicutikan sepanjang pelaksanaan PKP. Manakala suaminya pula telah berhenti kerja sambilan di Singapura kerana tidak memiliki sebarang permit untuk bekerja. Lebih menyayat hati, si cilik yang baru berusia 1 tahun 4 bulan itu malah dikatakan hanya minum milo bercampur gula bagi menggantikan bekalan susu yang telah habis.
Mujur pegawai polis prihatin…belikan sedikit kelengkapan rumah
Mujurlah kedua-dua anggota polis berkenaan sangat prihatin dan telah meninjau sendiri keadaan bilik sewa tiga beranak tersebut. Mereka malah turut membawa keluarga berkenaan ke kedai runcit dan beri bantuan susu untuk bayi comel itu. Kisah yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Fazli Nabila ini turut menimbulkan rasa simpati daripada kalangan netizen, serta memberi penghargaan atas ihsan ditampilkan oleh pihak berkuasa tersebut.
Sumber: FB Fazli Nabila