Bertempat di sebuah pusat rawatan swasta Kuala Lumpur, Datin Seri Shahida akhirnya selamat bersalin anak kelimanya sekitar jam 5.30 petang semalam. Melihat kepada ruangan komen media sosial masing-masing, mereka dihujani dengan ribuan ucapan tahniah daripada netizen serta rakan artis. Sebelum ini juga, Bonda Rozita pernah berkongsikan wajah comel bayi berkenaan terlebih dahulu, namun ia terus dipadamkan beberapa jam selepas dimuat naik menerusi IG Story miliknya.
BACA :Â Jangan Doa Nak Dapat Suami Baik Sahaja, Doa Juga Dapat Mentua Baik Macam Ni
Terima kasih kerana mendoakan saya
Menerusi posting terbaru yang dibuat oleh usahawan jelita ini, dia mendedahkan bahawa bayinya itu telah lahir lebih awal daripada jangkaan. Niat asalnya yang mahu membuat pemeriksaan biasa di pusat rawatan tersebut akhirnya bertukar perancangan selepas doktor mengesahkan ‘laluan’ sudah terbuka menandakan bayi bersedia untuk dilahirkan.Â
Kami belum buat sebarang akaun
Dalam menyambut berita gembira berkenaan, peminat semakin teruja apabila sebuah akaun peribadi milik bayi itu dengan nama @babybongsuterlajaklaris sudah dibuka. Bahkan sehingga kini, ia sudah meraih lebih 16,000 pengikut. Malangnya itu adalah akaun palsu dan ia disahkan sendiri oleh DS Shahida.Â
Tak pernah sebarkan gambar anak saya
Suaminya juga agak kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup mengambil kesempatan dalam kegembiraan tersebut. Dalam pada itu, dia juga mendedahkan bahawa bayi tersebut dilahirkan dengan berat sebanyak 2.8kg. Setelah ditinggalkan dengan rasa teruja dan tanda tanya, akhirnya mereka mendedahkan identiti zuriat baru tersebut yang diberi nama…
Sumber : Instagram DS Shahida dan DS Aliff Syukri