Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Dikurnia Zuriat Kembar Lepas Bertahun Tunggu, Ibu Akur Salah Seorangnya ‘Pergi’

1st April 2020
in Viral
Dikurnia Zuriat Kembar Lepas Bertahun Tunggu, Ibu Akur Salah Seorangnya ‘Pergi’
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Tatkala melihat orang lain sudah menimang zuriat sendiri, wanita manalah yang tidak mengimpikan harapan sama kan? Apalagi yang sudah mendirikan rumah tangga selama bertahun-tahun, pasti mereka tidak putus berdoa agar Allah memberikan nikmat sebegitu. Tatkala sudah lahir pula, ibu bapa menggalas tanggungjawab baru untuk membesarkan anak mereka. Namun bagi wanita bernama Nurfarhani Binti Baharuddin, dia pula mempunyai kisah berbeza.

BACA : [VIDEO] 12 Tahun Menanti Zuriat, Suami Sujud Syukur Terima Berita Isteri Hamil

Ditempatkan di NICU kerana kelahiran pramatang

Mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta iaitu Amin Bin Kunji Moideen sejak 22 Julai 2016, mereka akhirnya dikurniakan sepasang zuriat kembar selepas lama menunggu. Kelahiran 2 orang puteri kecil pada 2019 (bulan puasa) yang diberikan nama Aaafiyah dan Fatthiyya sudah tentu menyinari hidup mereka berdua. Saat dilahirkan, keadaan dua baby tersebut memang sempurna fizikal. Namun kerana ia kelahiran pramatang, mereka terpaksa ditempatkan di unit NICU.

Lepas bersalin, esoknya baru dapat tengok anak. Luluhnya hati nampak badan anak berwayar. Tiba-tiba datang seorang doktor terangkan keadaan anak. Dia tak jamin anak boleh sihat sebab ini kelahiran pramatang. Anak ada bleeding di kepala. Orang lain berpantang bawa balik anak, saya bawa diri je. Setiap hari ulang-alik ke pusat rawatan. 

Dikurnia Zuriat Kembar Lepas Bertahun Tunggu, Ibu Akur Salah Seorangnya ‘Pergi’
Kredit Foto : Nurfarhani Baharuddin
Dikurnia Zuriat Kembar Lepas Bertahun Tunggu, Ibu Akur Salah Seorangnya ‘Pergi’
Kredit Foto : Nurfarhani Baharuddin

Tak pernah pegang anak sendiri…risau jangkitan kuman

Sepanjang itu juga, ibu ini tidak pernah menyentuh zuriatnya sendiri kerana khuatir berlakunya jangkitan kuman dari luar. Meskipun jiwanya meronta-ronta, namun dia hanya mampu melihat di balik cermin sahaja. Suatu hari setelah dia sampai ke rumah, unit NICU menghubunginya semula pada jam 10.00 malam dan memberitahu bahawa Baby Aafiyah mengalami sesak nafas.

Tapi doktor kata Aafiyah dah stabil. Tapi jam 12.00 pagi, NICU telefon lagi suruh datang sana. Mereka kata Aafiyah tengah kritikal. Dia perlu dar4h  saya. Saya mamai terus bagi phone kat suami. Habis je panggilan, suami terduduk. Saya tanya kenapa, muka dia sedih. Kami bergegas ke sana. Perjalanan ambil masa 1 jam juga. Bila sampai saya terus cakap, “Zaheera Aafiyah, tolong kuat sayang”. Baby buka mata sikit pastu dia terus pejam. Rupanya dia kena jangkitan kuman.

Dikurnia Zuriat Kembar Lepas Bertahun Tunggu, Ibu Akur Salah Seorangnya ‘Pergi’
Kredit Foto : Nurfarhani Baharuddin

Alami bleeding di paru-paru serta buah pinggang rosak

Kemudian sekitar jma 4.00 pagi, doktor memaklumkan Aafiyah sedang nazak. Dia turut mengalami bleeding di paru-paru dan kerosakan buah pinggang. Mendengar berita tersebut, hati ibu ini menjadi hancur. Keadaan bertambah serius kerana anak kecil itu turut berdepan dengan sawan. Buat kali pertama dan terakhir, Nurfarhani sempat memegang anaknya sebelum jiwa kecil itu pergi buat selamanya.

Dikurnia Zuriat Kembar Lepas Bertahun Tunggu, Ibu Akur Salah Seorangnya ‘Pergi’
Kredit Foto : Nurfarhani Baharuddin

Keluarga sentiasa beri sokongan moral

Meskipun pahit, dia dan suami menerima semua takdir ini dengan hati terbuka. Bahkan mereka bersyukur kerana masih ada seorang lagi anak yang tinggal sebagai anugerah terindah dalam perkahwinan. Selepas detik duka itu, dia mengakui agak tertekan sehingga beratnya susut selain kerap menangis. Mujur sahaja semua ahli keluarga memberikan sokongan moral sehingga semuanya kembali seperti sediakala.

Dikurnia Zuriat Kembar Lepas Bertahun Tunggu, Ibu Akur Salah Seorangnya ‘Pergi’
Kredit Foto : Nurfarhani Baharuddin
Dikurnia Zuriat Kembar Lepas Bertahun Tunggu, Ibu Akur Salah Seorangnya ‘Pergi’
Kredit Foto : Nurfarhani Baharuddin

 

Sumber : Puan Nurfarhani Binti Bahauddin dan Encik Amin Bin Kunji Moideen

Tags: ibukembarzuriat
Next Post
Dikurnia Zuriat Kembar Lepas Bertahun Tunggu, Ibu Akur Salah Seorangnya ‘Pergi’

Isteri Bakal Lahirkan Anak Sulung Esok, Kereta Penuh Barang Bayi Dicuri Orang

Kurung Riau Moden Santai & Stylish
Telefon Pintar 5G Terpantas dengan Bateri Tahan Lama!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)