Petang semalam Datuk Seri Aliff Syukri dilihat telah berkesempatan untuk mengunjungi Noor Hidayah, balu Allahyarham Abam Bocey di rumah kediamannya susulan berita pemergiannya pada minggu lepas. Walau bagaimanapun, tindakan itu nampaknya tidak disenangi oleh adik iparnya iaitu Ali Puteh yang mendakwa jutawan kosmetik itu telah mengambil kesempatan untuk mengaut untung menerusi sesi rakaman live di laman sosial. Dia juga telah mencabar DS Aliff untuk bersemuka ekoran isu tersebut.
BACA:Â Dakwa Kaut Untung Buat Live Jumpa Balu Abam, Ali Puteh Cabar Jumpa Aliff Syukri
https://www.instagram.com/p/B8v5cPnlskl/
Saya hanya beri bantuan & disambut baik oleh mereka
Tak lama selepas itu, bekas penaja utama rancangan Gegar Vaganza ini membuat satu kenyataan balas di laman Instagram miliknya sambil memuat naik paparan ayat dinyatakan oleh Ali sebelum ini. Ujarnya, beliau cuma mahu memberikan sumbangan ikhlas berupa wang dan beberapa barang keperluan kepada balu dan anak tunggal Allahyarham. Malah DS Aliff Syukri sempat menafikan dakwaan bahawa pernah mengajukan beberapa soalan sensitif sepanjang tempoh temu bual berkenaan.
https://www.instagram.com/p/B8v7ePDJD6j/
Lain kali jaga hati orang lain…minta maaf kat keluarga Ali
Ekoran daripada konflik dan kontroversi yang telah tercetus, para netizen menasihati usahawan terkenal ini agar memohon maaf kepada pihak keluarga Allahyarham yang sedang bersedih. Dalam pada itu, rata-rata mereka juga menegur tindakan DS Aliff semalam. Ujar mereka niat melakukan kebajikan memang tidak salah, namun perlu mengikuti cara yang betul dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak seperti soal pembahagian harta (faraid) dalam paparan video semalam.
Sumber: IG aliffsyukriterlajaklaris