Baru-baru ini, industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan kenyataan daripada pelakon, Rashidi Ishak tentang terlerainya ikatan perkahwinan selama 17 tahun bersama Vanidah Imran sejak Ogos tahun lalu. Ternyata perkara itu menjadi kecoh dalam kalangan masyarakat kerana p4sangan tersebut selalu kelihatan mesra dan sweet, selain jarang dilanda k0ntroversi juga. Selain peminat, beberapa rakan artis turut memberi tanda sokongan kepada kedua-dua selebriti ini, seperti penyanyi Nourul Depp.
BACA: “Saya Bukan Imam Yang Baik”- 17 Tahun Bersama, Vee & Shidi Umum Sah Bercerai
Menerusi satu posting panjang di IG miliknya, Nourul dilihat memulakan statusnya dengan memberi beberapa definisi terhadap cinta. Dia juga menambah yang cinta perlu dijaga sementara masih ada.
Cinta itu penghormatan…jaga sementara ada
Cinta bagaikan sepohon pokok yang indah…harus disiram setiap hari
Nourul turut memaklumkan bahawa dia akan bersedih apabila mendapat tahu tentang perpisahan dalam sesebuah mahligai rumahtangga. Hal ini kerana dia juga pernah mempunyai pengalaman dalam perkara tersebut, dan perkara itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi oleh kedua-dua pihak.
Jika ada yang berpisah, saya kecewa…kerana dah pernah merasa
Dia mampu mendoakan yang terbaik sahaja buat Vanidah dan Shidee, sambil menyatakan yang dia sentiasa menyokong kedua-dua rakan artis tersebut dalam perancangan masing-masing di masa yang akan datang.
Jangan cari siapa salah siapa benar…kami sayang Vanidah & abang Shidee
Selepas berpisah dengan komposer Ajai pada awal tahun 2007, Nourul mendirikan semula rumahtangga bersama seorang rakyat Perancis iaitu Eric Daniel Depp pada Jun 2012. Dan kini dia sedang menghamilkan anak keempatnya yang dijangka bakal lahir pada Mei nanti.
Sumber: IG nouruldepp