Apabila menetap di lokasi yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi, rata-rata daripada kita pasti memilih untuk berkongsi tempat tinggal. Antara faktor munasabah di sebalik konsep ini adalah dapat berkongsi bil dan kadar bayaran sewa bersama rakan-rakan serumah. Senang kata lagi ramai penyewa sesebuah kediaman itu, lagi senanglah nak berjimat kan? Namun begitu, kadangkala ia tak semudah yang dijangka apabila perlu berhadapan dengan rakan serumah yang bermasalah.
BACA:Â Padah Menyapu & Beria Sental Tandas Masa Berpantang, Wanita Ini Cemas Bila..
Perempuan duduk 4, 5 orang pun dah boleh ‘Perang Dunia Ketiga’
Tak kira lah anda masih menuntut atau sudah bekerja, semua orang faham bahawa hidup pada zaman kini memang sibuk. Namun, itu bukanlah alasan untuk susah memahami kehendak antara satu sama lain. Menerusi perkongsian yang dibuat oleh pengendali akaun Twitter bernama Ayiya ini, dia mengakui bahawa golongan perempuan sering menghadapi isu berkenaan jika nak dibandingkan daripada lelaki.
Banyak sangat ‘kepala’, terasa hati & overthinking
Jelas ibu kepada seorang anak ini, terdapat banyak punca yang menyumbang kepada konflik sedemikian berlaku. Antaranya adalah sifat yang jarang dipamerkan oleh orang lelaki seperti terlalu sensitif, banyak berfikir dan juga memiliki perangai masing-masing. Selain perkara kecil boleh menjadi isu besar, Ayiya berkata perkara ini juga boleh melarat untuk jangka masa yang lama.
Jangan rosakkan zaman muda sebab terasa benda kecil
Gara-gara itu, dia terpanggil untu memberikan kesedaran terhadap masyarakat yang sedang melalui fasa sebegini. Ada kalanya, setiap orang perlu merendahkan ego dan menyelesaikan sesuatu masalah itu bersama-sama. Jika tidak, anda mungkin hidup dalam keadaan tertekan di kala usia masih muda. Secara keseluruhannya, posting tersebut telah meraih lebih 4 ribu retweets dan tanda suka setakat ini.
Sumber: Twitter twt_alia