Perkembangan anak merupakan fasa yang ibu bapa perlu diberi perhatian penuh terutamanya melibatkan aspek permakanan. Untuk yang masih kecil, mereka lebih cenderung berhadapan masalah penghadaman kerana berkemungkinan makanan tersebut sukar dicerna perut. Jika berlaku sembelit, kebanyakan ibu bapa lebih cenderung mendapatkan rawatan doktor, betul tak? Namun siapa sangka, rupanya ada cara natural untuk mengatasi masalah tersebut.
BACA:Â Risau Perit Contraction? Wanita Dedah Teknik Gentle Birth Yang Dijamin Tenang
Baru nak tidur, dapat call ada patient sembelit…lepas dirawat anak terus berlari keluar dari tandas
Menerusi posting di Facebook Dr Ahmad Samhan, beliau mendedahkan kembali pernah menerima satu panggilan kecemasan dari klinik. Sampai saja, beliau melihat seorang kanak-kanak menangis kerana mengalami masalah sembelit. Ibunya menceritakan, si anak tiba-tiba bangun meraung malah sudah dua hari dia tidak membuang air besar. Pakar perubatan ini telah membuat rawatan dan kanak-kanak tersebut kembali sihat apabila diberi ubat.
4 cara rawatan sembelit tanpa ubat-ubatan
Doktor tersebut turut berkongsi empat cara mudah yang boleh para ibu merawat masalah sembelit anak mereka. Rawatan semulajadi ini boleh digunakan untuk tahap umur tertentu misalnya bayi kurang 6 bulan, 6 bulan dan menyusu serta kanak-kanak satu tahun ke atas. Nasihatnya lagi, jika tak berkesan seeloknya bawa mereka mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Sumber: Facebook Ahmad SamhanÂ