Akibat penularan virus COVID-19, banyak institusi hampir di seluruh dunia terpaksa ditutup. Oleh itu, ramai pelajar terjejas dan pembelajaran perlu dijalankan secara atas talian. Lebih menyedihkan, adalah nasib individu yang kurang kemampuan dari segi teknologi. Misalnya, penggunaan gajet dan capaian internet yang agak terhad di sesetengah kawasan.
BACA:Â Gadis Terpaksa Bawa Kucing Ke Kelas, Duduk Diam Saja Bila Tersorok Bawah Meja
Ulang-alik mendaki bukit bersama ayah…suasana tidak selesa dengan gangguan nyamuk & pacat
Menurut petikan laporan Sinar Harian Online, Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi yang merupakan penuntut Pusat Perubatan Universiti Malaya tersebut bersama ayahnya telah mengalami keadaan yang serba kekurangan untuk ikuti kelas online. Justeru, dia bersama ayahnya terpaksa berulang-alik mendaki sejauh 20 meter hingga sampai ke khemah di puncak bukit. Dia turut mengalami bermacam kesukaran semasa online class berlangsung, anataranya adalah keadaan cuaca tak menentu serta kehadiran haiwan liar.
Ayah tak mahu lihat saya gagal…gigih mencari kawasan capaian internet di atas bukit
Menurutnya lagi, ayahnya sangat simpati dengan keadaannya yang terpaksa ke bandar untuk belajar dan menjawab peperiksaan. Sebelum dua hari peperiksaan dijalankan, ayahnya telah ikhtiar naik ke bukit belakang rumahnya di Kampung Bukit Petai Tujuh bagi mencari kawasan capaian internet. Gadis ini turut ditemani adik-beradik lelaki selain ayahnya jika ingin memulakan sesi pembelajran di khemah bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.
Sumber: Sinar Harian