Perkahwinan merupakan sebuah matlamat dan hala tuju yang diimpikan oleh setiap pasangan. Mana tidaknya, ia merupakan tanda ikatan sah di antara dua mempelai untuk bersama dalam susah dan senang hingga ke hari tua.
BACA: [VIDEO] Ayah Angkat Anak Redah Hujan Demi Perkahwinan Anaknya
Perkahwinan Di Lokasi Luar Biasa
Oleh itu peristiwa yang terjadi di Tanah Suci ini menjadikan para pemerhati termasuk netizen dibuai rasa cemburu dan iri hati dek kerana tuah 2 merpati sejoli yang mengikat ikatan sah di kawasan Kaabah.
@alfiyudin Alhamdulillah, Sah #umroh #makkah #makkahmadinah🕋 #nikahdimekah
“Pengantin Kaabah” Tular Di Tiktok
Momen yang istimewa ini dirakamkan dan dikongsi melalui media sosial Tiktok oleh seorang pengguna platfrom tersebut yang bergelar @alfiyudin. Setakat ini perkongsian tersebut berjaya meraih 2.2 juta tontonan, 246.9 ribu likes dan 5680 komen.
Video itu memaparkan sepasang merpati dua sejoli sedang meniti kemuncak kebahagaian apabila diijab kabulkan di kawasan Kaabah, Mekah. Majlis serba ringkas tersebut disaksikan beberapa jemaah lain yang berkemungkinan merupakan ibu dan bapa serta keluarga terdekat kepada pasangan tersebut.
Reaksi Pelbagai Dari Netizen
Rentetan detik tersebut yang jarang sekali berlaku di rantau ini, ribuan komen membanjiri perkongsian tersebut. Antara yang menarik perhatian adalah komen yang meluahkan rasa kagum dek kerana pernikahan tersebut tidak melibatkan peralatan atau props yang berlebih-lebihan seperti pelamin.
Tidak kurang juga yang menyatakan rasa hairan kerana tidak tahu-menahu bahawa upacara pernikahan boleh dilakukan di kawasan tersebut. Namun, kebanyakkan netizen berasa terinspirasi dengan video tersebut dan berhajat mampu melakukan perkara yang sama pada suatu masa kelak.
Kredit: Tiktok alfiyudin