Sesungguhnya, tiada apa yang perlu disegankan jika mempunyai anak austisme ini kerana mereka juga seperti yang lain. Bezanya memiliki kekurangan dari aspek komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku, bukannya kurang upaya. Namun begitu, bukan mudah sebenarnya untuk menjaga insan istimewa seperti ini kerana ia membutuhkan kesabaran yang tinggi serta tumpuan sepenuhnya.
BACA :Â [VIDEO] Ayah Sibuk ‘Buang Hajat’, Anak Tunggu Di Luar Ketuk Pintu Siap Berbual
Betul-betul menguji kali ni, 3 tempat dalam 1 masa..
Menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke halaman Facebook Autisme Malaysia, seorang wanita bernama Nurul Jannah Johari telah berkongsi kisah mengenai tingkahlaku anak sulungnya yang menghidap gangguan spektrum autisme (ASD). Akuinya, ‘Abang’ yang kini sudah berusia lima tahun menjadi semakin hyper dan sukar untuk dikawal.
Beras 1 tong habis dituang, dapur pula dah macam salji
Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, ada kalanya anak sulungnya sukar untuk dikawal kerana sering meragam dan mempunyai cenderung tantrum. Hal ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan mengganggu emosinya dalam melayani karenah anak istimewa berkenaan.
Doakan saya kuat menahan amarah..
Bagaimanapun di akhir posting tersebut, puan Nurul mengakui bahawa menjadi ibu kepada anak istimewa ini telah mengajarnya erti kesabaran. Malah dia juga berharap agar orang ramai mendoakan agar dirinya sentiasa kuat dalam membesar serta mendidik kedua-dua anaknya terutama si abang.
Sumber : Facebook Nurul Jannah Johari