Dalam sesi pembentangan Belanjawan 2020 baru-baru ini, ternyata pelbagai insentif baru yang bakal dilaksanakan pada tahun hadapan buat rakyat Malaysia. Dan antara yang paling mendapat perhatian adalah Panduan Belanjawanku yang diharap memudahkan masyarakat memahami corak perbelanjaan dan penggunaan isi rumah yang mungkin kompleks. Antara yang diambil kira adalah anggaran jumlah belanja minimum sebulan selain mencapai taraf hidup yang munasabah.
BACA : Dulu Heboh Tak Jadi Tunang Bulan 10, Akhirnya ‘Cincin Viral’ Dah Selamat Dijual
Ianya juga menyediakan panduan secara menyeluruh untuk sesebuah keluarga iaitu merangkumi peruntukan untuk keperluan asas, penyertaan sosial, penjimatan yang disyorkan, pembayaran balik dan kecemasan. Berikut adalah jumlah minimum wang rakyat perlu setiap bulan untuk menampung perbelanjaan mereka mengikut Belanjawanku.
Perbelanjaan aku 4k…tapi kerja gaji 2k sebulan
Cadangan yang dikemukakan itu turut dipersetujui. Tapi realitinya bebanan jumlah perbelanjaan sebulan bagi sebuah keluarga turut memberi kesan terhadap seorang lelaki merangkap suami apabila dia membuat luahan seperti perkongsian pemilik akaun Twitter Akeem Sharyzal.
Kadang sampai tak makan nak bagi anak bini makan
Tambah kenalannya, kadangkala dia terpaksa mengikat perut semata-mata mahu memberikan keutamaan kepada anak dan isterinya. Malah dia pernah menangis kerana terkenangkan nasib hidupnya namun dikuatkan juga semangat demi keluarganya itu.
Pernah ajak keluar shopping tapi isteri cakap tak nak
Namun, dia bernasib baik kerana isterinya sangat memahami dan tidak pernah meminta untuk membeli-belah. Kadangkala dia meminta wanita itu untuk keluar dan berbuat demikian tapi ditolak.
Hidup dekat bandar memang kos tinggi
Perkongsian ini ternyata telah meraih perhatian ramai hingga meraih hampir 10,000 retweets daripada para netizen yang rata-ratanya membanjiri entri tersebut. Malah mereka turut bersimpati dengan nasib lelaki ini.
Sumber : Twitter AkeemSharyzal