Penyanyi yang pernah membuat kontroversi untuk mempromosikan albumnya suatu ketika dulu, penyanyi Nabila Razali atau nama penuhnya Nur Nabila Binti Mohd Razali, 27 menjawab persoalan media ketika ditanya oleh Harian Metro. Nabila yang masih berstatus ‘single’ memberitahu tidak kisah untuk menerima mana-mana lelaki samada dari kalangan artis atau golongan kenamaan, asalkan bertemu jodoh yang baik.
BACA:KPOP Lovers Buktikan Minat Bukan Penghalang, Berjaya Raih Masters Anugerah!


Menurut Nabila lagi, dia percaya dengan ketentuan Allah, walaupun masih solo dia tidak pernah merasa sunyi dan lebih mengutamakan karier lebih dari segalanya. Tambah Nabila apabila ditanya tentang ciri-ciri lelaki idaman dia mementingkan lelaki yang boleh saling melengkapi antara satu sama lain dan dapat membimbing dari pelbagai segi.
Jodoh sampai pada waktu yang tepat

Tak serik kena gosip

Tak ada masa, karier lagi penting

Cari yang boleh melengkapi satu sama lain.

Namun begitu, perkara ini menjadi perhatian netizen apabila Nabila hanya memilih untuk mencari calon di kalangan artis atau kenamaan sahaja. Banyak komen sindiran dan kutukan untuk Nabila Razali.
Setahun jagung, ada impian nak orang kenamaan

Betulkan suara dulu baru pilih calon

Jangan berangan nak dapat Nabila

Orang cari imam, dia cari duit

Hidup awak pilihan awak, tapi kenapa tak nak orang biasa

Perbezaan jodoh dengan b*doh

Cari jalan mudah ke

Sumber: IG NabilaRazali & Harianmetro

