Pemergian insan yang bergelar sahabat karib pastinya memberi kesan mendalam terhadap diri setiap orang. Hal ini kerana memang sukar untuk melupakan insan yang pernah melakar banyak kenangan dalam hidup. Mendapat perhatian ramai baru-baru ini, satu perkhabaran duka mengenai pemergian seorang remaja bernama Nurul Rozleen Mohd Rozamie sekitar dua hari lalu.
BACA :Â [VIDEO] Wanita Ini Tak Sangka Hamil Lepas Kehilangan Suami Genap 2 Bulan Nikah
Moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman
Berita itu dikongsi oleh rakan baiknya, Shareena menerusi satu posting di laman Twitternya selain memohon doa daripada orang ramai supaya Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Menurut Shareena, pemergian rakan baiknya itu adalah disebabkan apendiksnya pecah. Dia bagaimanapun tidak menyangka bahawa di sebalik senyuman itu, rupanya gadis berkenaan sedang bertarung nyawa melawan komplikasi yang dialaminya.
Disahkan negatif COVID-19
Berikutan masalah penularan wabak COVID-19 di Malaysia, jasad temannya itu juga tidak terkecuali menjalani ujian saringan bagi mengetahui status kesihatannya. Bagaimanapun bersyukur kerana keputusan yang diperolehi menunjukkan gadis berkenaan bebas daripada pandemik tersebut.
Perbualan terakhir kami..
Di akhir posting tersebut, Shareen sempat berkongsi beberapa tangkap layar mesej perbualannya bersama kawan baiknya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Malah saat-saat indah ketika bersama Nurul Rozleen turut diluahkan oleh gadis ini. Akui Shareen, dia bersyukur diberi kesempatan dalam menjalani hubungan persahabatan bersama Allahyarhamah.
Sumber : Twitter rshrnaaa