Isu berkenaan dengan kemelut rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle masih menjadi perbualan ramai apabila mereka gagal mendapat kata sepakat dan berlaku kekecohan kecil semasa berada diluar mahkamah semalam. Rentetan daripada peristiwa itu, Diana telah ditemu bual oleh beberapa pengamal media dan mengeluarkan kenyataan yang menyatakan anak-anaknya tidak berjumpa dengan Farid Kamil kerana Aurora kini sedang mengalami trauma.
BACA:Â Farid Ambil Langkah Cuba Memujuk, Diana Tepis Dakapan Tanda Tidak Mahu Berdamai
Fadzil gagal untuk faham kenyataan Diana Danielle
Sehubungan dengan kenyataan yang diberikan, Fadzil Zahari iaitu adik kepada Farid Kamil tampil menzahirkan kekeliruan apabila dia gagal untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh kakak iparnya. Dia telah dilihat melemparkan komen berbau persoalan disebuah akaun instagram program hiburan dengan bertanyakan punca kepada trauma yang dialami oleh Aurora.
Bukan untuk jaga nama baik abang
Memetik BH Online, tindakannya dilakukan bukanlah untuk menjaga nama baik abangnya yang dilihat telah tercalar, namun dia berbuat demikian untuk mendapatkan kepastian berikutan kenyataan yang diberikan oleh Diana tidak disusuli dengan sebarang hujah. Bukan itu sahaja, dia turut menerangkan bahawa anak-anak buahnya dilihat tidak mempunyai sebarang masalah apabila keluar bersama Farid meskipun tanpa kehadiran ibu mereka.
Anak-anak yang trauma mesti tak nak keluar bersama
Menerusi temubual yang sama, Fadzil yang masih terkejut dengan perkhabaran mengenai keretakan rumah tangga abangnya itu turut menjelaskan anak-anak pasti tidak akan berasa selesa untuk keluar bersama Farid sekiranya mereka mempunyai perasaan takut.
Kredit: Instagram officialhlive &Â Berita Harian Online