Menjalankan tugas sebagai doktor bermakna perlu bersedia pada bila-bila masa untuk urusan kecemasan. Sepanjang itu juga, doktor perlu berhadapan dengan ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan di samping melayani 1001 kerenah mereka. Bercakap tentang kerenah, sudah pasti situasi tersebut perlu dihadapi dengan penuh kesabaran dan rasional seperti yang didedahkan oleh seorang doktor lelaki ini.
BACA : Ramai Dah Tawar Hati-Bekas Doktor Ini Dedah Realiti Gelap Dunia Perubatan
Si ibu buat muka dan cakap “tak nak staf lelaki”
Mula dikongsikan sejak semalam di Twitternya, doktor yang menggunakan nama akaun @Junakarma ini mendedahkan satu pengalaman ketika berhadapan dengan seorang ibu hamil. Meskipun sudah sampai masa untuk melahirkan, wanita tersebut berdegil dan enggan doktor lelaki menyambut bayi berkenaan. Difahamkan, ketika itu mereka kekurangan tenaga kerja dan tiada staf perempuan bertugas.
Bila berlaku situasi begini, serahkan kepada ahlinya
Nampaknya, pakar perubatan ini benar-benar kesal dengan sikap demand ibu tersebut walhal nyawa bayinya sedang berada di hujung tanduk. Tambahan pula, detik itu berlaku pada waktu malam di mana memang tidak ramai doktor yang bertugas. Kerana tiada pilihan lain, ibu tersebut akur menerima rawatan daripada Doktor Juna. Tidak kisah apa juga ‘ideologi’ seseorang itu, namun pakar perubatan itu membantah sekerasnya sikap memilih sedemikian rupa memandangkan mereka berada dalam kecemasan.
Kasihan baby dapat mak macam tu
Mengetahui kisah tersebut, netizen juga seoleh-olah merasa bengang dan beranggapan si ibu tidak seharusnya mementingkan diri sendiri. Bagi mereka, anak dalam kandungan itu lebih penting untuk diselamatkan terlebih dahulu dan bukannya berdegil mahukan doktor perempuan. Mereka juga berterima kasih kepada para doktor yang terus komited dalam kerjaya mereka.
Sumber : Twitter Dr Juna