Tidak dinafikan, sejak kebelakangan ini gurauan atau budaya prank dalam kalangan masyarakat dilihat semakin berleluasa bukan sahaja kepada rakan-rakan malahan ada juga yang melibatkan ibu bapa. Selain itu, ia semakin rancak dilakukan lebih-lebih lagi apabila ramai cuba untuk mengejar agar dapat menjadi viral.
BACA:Â Konon Prank Lupa Wish Hari Lahir, Wanita Terkedu Lepas Baca Status WhatsApp Ibu
Prank sampai ibu ayah menangis…jangan bergurau dengan cara salah
Kesal melihat trend tersebut mula menjadi kebiasaan, Khairul Hakimin Muhammad tampil memberikan teguran pedas kepada mereka yang suka buat prank kepada ibu bapa. Lebih teruk lagi tindakan itu boleh mengaibkan insan kesayangan masing-masing. Walaupun sedakar usikan sahaja, namun lelaki tersebut memohon supaya anak-anak sentiasa menjaga adab.
Tolong simpati…air mata & maruah mereka sangat berharga
Selain itu, besar harapan penulis berkenaan agar generasi muda kini dapat membezakan antara kejutan dengan prank. Malah dia mengingatkan anak-anak untuk tidak sengaja melupakan sesuatu tarikh istimewa malah terus menghargai keberadaan ibu bapa sementara masih berpeluang.
Tak suka budaya ini…dah siap ingatkan family & kawan
Ruangan komen juga turut dibanjiri dengan pelbagai reaksi yang mana rata-rata netizen bersetuju budaya tersebut kurang sesuai dengan masyarakat Melayu. Selain itu, mereka mengakui tidak suka jika perkara tersebut berlaku pada diri sendiri.
Sumber: Facebook Khairul Hakimin Muhammad