Selari dengan peredaran masa, perkhidmatan e-hailing rider untuk menghantar makanan ataupun barang semakin mendapat tempat di hati pengguna. Mana tidaknya, setiap penghantaran yang dipesan dapat dihantar tepat pada waktunya. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa mereka juga memiliki kisah tersendiri. Seperti perkongsian pemilik akaun Facebook iaitu Aiman Manan tentang seorang rider bernama Ganesh.
BACA : “Aku Ada Amanah Besar Lepas Nikah 10 Tahun Lalu, Masa Tu Gaji Kecil Saja..”
Tak pernah sekalipun dia lambat..
Menurut kapsyen yang ditulis, Aiman telah mengenali Ganesh sejak beberapa bulan lalu sewaktu dia menggunakan aplikasi menempah makanan online dan sempat berbual. Lelaki berbangsa India itu disifatkan sebagai seorang yang sopan dan baik.
Jadi kami cuba servisnya beberapa kali dan dia sangat menepati masa. Tak pernah sekalipun dia lambat dan bila kami bertanyakan dengan pelanggan kami, mereka mengatakan perkara sama juga. Terlalu lemah lembut, jujur dan menepati masa.
Pernah ditipu pelanggan yang tidak membayarnya..
Tambah Aiman lagi, Ganesh memiliki kehidupan yang sukar kerana dia hanya meneruskan persekolahan hingga Tingkatan 3. Malah dia pernah bekerja di restoran makan segera selama 7 tahun dan beberapa pekerjaan lain sebelum berkhidmat dalam bidang tersebut. Setiap wang yang diperolehinya, Ganesh akan membuat simpanan sebanyak RM100 untuk diberikan pada ahli keluarganya.
Berada dalam bidang ni, dia (Ganesh) kata pernah ditipu oleh pelanggan yang memberikan banyak pekerjaan tapi enggan membayarnya. Terdapat beberapa perkara yang saya suka tentang Ganesh iaitu sopan, jujur, cekap dan keupanyaanya membuktikan apa yang dia lakukan.
Panggil dia kerja, bayaran tetap
Pada suatu hari, Aiman menyuruh Ganesh datang menemuinya untuk melakukan kerja. Daripada situ, dia akan mempelajari cara untuk mendapatkan bayaran tetap dan tidak akan menghentikannya daripada melakukan kerja berkenaan serta perkhidmatan penghantaran. Ganesh hanya perlu merancang harinya dengan baik.
Siapa kita semalam tidak menentukan siapa kita esok. Semuanya tentang tindakan hari ini.
Sumber : FB Aiman Manan