Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

“Ada Bukti Kamu Buat Hubungan Dengan Suami Orang” – Syamsul Yusof

21st April 2023
in Artis
“Ada Bukti Kamu Buat Hubungan Dengan Suami Orang” –  Syamsul Yusof
742
SHARES
4.1k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana masih belum berakhir. Malah mereka berdua seringkali berbalas kenyataan di media sosial. Baru-baru ini, pengarah sensasi Syamsul Yusof akhirnya tampil menjelaskan berhubung situasi rumah tangganya termasuk isu nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Puteri Sarah yang tak nak jumpa berbincang

Menerusi perkongsian di Instagram, Syamsul mendakwa bahawa sebelum ini, Puteri Sarah sendiri yang enggan berjumpa dengannya untuk membincangkan masalah rumah tangga mereka. Namun Puteri Sarah hanya bersetuju untuk bertemu selepas membaca initipati nusyuz yang difailkan Syamsul.

“Ada Bukti Kamu Buat Hubungan Dengan Suami Orang” –  Syamsul Yusof

Puteri Sarah berhubungan dengan suami orang?

Tidak cukup dengan itu, Syamsul turut mendakwa dia mempunyai bukti yang menunjukkan Puteri Sarah pernah berhubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang sejak di awal perkahwinan mereka. Malah, Puteri Sarah juga mengaku mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan meminta Syamsul merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan orang ramai.

“Ada Bukti Kamu Buat Hubungan Dengan Suami Orang” –  Syamsul Yusof

Tukar perjanjian di saat-saat akhir

Syamsul turut menafikan dakwaan bahawa dia telah menukar perjanjian yang dipersetujui bersama sebaliknya isteri pertamanya itu sendiri yang menambah perjanjian pada saat-saat akhir sedangkan sebelum ini mereka sudah menemui kata sepakat. Dakwa Syamsul, semasa sesi perbincangan, dia bersetuju untuk menunaikan permintaan Puteri Sarah yang meminta purata wang berjumlah RM10,000 sebulan dan aset wang bernilai RM400,000.

“Ada Bukti Kamu Buat Hubungan Dengan Suami Orang” –  Syamsul Yusof

Minta Puteri Sarah terima takdir

Susulan daripada apa yang berlaku. Syamsul berharap agar Puteri Sarah berhenti berpura-pura menjadi isteri teraniaya sebaliknya terimalah hakikat bahawa dia sudah pun berkahwin lain. Syamsul juga mahu masalah rumah tangga mereka ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan bukannya mencanang aib keluarga di media sosial.

“Ada Bukti Kamu Buat Hubungan Dengan Suami Orang” –  Syamsul YusofSumber: Syamsul Yusof

Tags: Ira Kazarnusyuzputeri sarahsyamsul yusof
Next Post
“Ada Bukti Kamu Buat Hubungan Dengan Suami Orang” –  Syamsul Yusof

Video Aiman Tino & Isteri Seronok Menari Lepas Kahwin 'Diperli' Warganet

Jubah Dubai Berlian, Elegan & Mewah!
Kerusi Gaming Ergonomik Selesa & Tahan Lama

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)