Dalam tak diam sudah hampir sebulan bayi lelaki pramatang pelakon dan usahawan Abby Abadi yang bernama Muhammad Danial Firman Faizal ditempatkan di NICU. Segala perkembangan terbaru bayi tersebut sering dikongsikan kepada para pengikut setianya di laman Instagram. Terbaru, Abby telah memuat naik beberapa keping fotonya membelikan 2 buah peti sejuk di pusat perubatan berkenaan.
BACA : 90% Bergantung Pada Mesin, Doktor Sahkan Peluang Hidup Anak Abby Abadi 50-50
Jangan teragak, yakin dengan janji Allah
Menurut kapsyennya, dia berbuat demikian kerana tidak berkesempatan untuk belanja jururawat dan para doktor yang bertungkus lumus memastikan keadaan bayinya dalam keadaan baik. Tambah Abby, dia turut berharap agar kemudahan yang disumbangkan ini bakal menjadi bekalan harta di akhirat kelak.
Mulakan amalan baik, akan jadi ikutan oleh pihak lain
Jelasnya lagi, kebaikan yang dimulakan terlebih dahulu akan menjadi ikutan oleh pihak lain dan mendapat pahala berganda. Abby turut menegaskan supaya tidak berkira dengan Allah SWT dan hidup biarlah ia memberi manfaat buat individu lain juga. Dalam pada itu, Abby berharap agar orang ramai terus mendoakan kesihatan bayi lelakinya itu.
Mulianya hati Abby, semoga bertambah rezeki..
Pemberian ikhlas Abby ini telah meraih perhatian ramai lalu membanjiri ruang komen di IG miliknya. Malah mereka turut mendoakan agar rezekinya dimurahkan dan dipermudahkan segala urusan. Ada juga netizen yang memuji sikap mulianya kerana sanggup mewakafkan freezer tersebut untuk kegunaan di pusat perubatan berkenaan.
Sumber : IG Abby Abadi