Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

[VIDEO] “Leleh liur dia..” – Reaksi Comel Anak Abby Abadi Sampai Tertido Dipuji !

0 104

Dahulunya, isu Abby Abadi pernah diperkatakan hangat oleh netizen kerana beliau telah mengambil dua orang angkat, Muhammad Daiyan dan Maisara Dayana, pada tahun yang sama. Walaupun kedua-dua si cilik ini merupakan anak angkat Abby tetapi Abby dan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria, telah menjaga serta mencurahkan kasih sayang mereka yang tidak terbelah bahagi itu sama rata.

BACA : [FOTO] “Mama Dan Satria Legend!” – Shuib Sepahtu Kongsi Detik Era 80-an Jadi Perhatian Netizen!

Betapa mulianya hati seseorang itu jika membuat kebaikan dengan hati yang terbuka. Terbaru, menerusi laman Instagram Abby telah memuat naik video dan gambar untuk berkongsi rasa bahagianya jika menjaga dua bayi dalam satu masa yang sama.

Dalam video tersebut, Abby sedang bermain “acah-acah” bersama anak angkat lelakinya, Daiyan. Manakala di gambar pula, gambar anak angkat perempuan beliau, Dayana, kelihatan sedang tidur dengan nyenyaknya.

Menerusi video itu, Abby mengajak Daiyan bersembang rancak namun Daiyan telah membuat aksi comel sambil air liurnya terkeluar sehingga meleleh!

Sembang punya sembang, tertidur pulak..

Daiyan telah mencuri tumpuan netizen untuk meletakkan komen positif di Instagram Abby.

Ya Allah geramnya tengok Daiyan rasa nak peluk2…

Makin encem la manja sado mama Abby ni

Sumber : abby_abadi112

Comments
Loading...