Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

[VIDEO] “Kenapa Aku Terus Terpikir Dia Dapat Batu N*san” – Netizen Terhibur Bila Main Tukar-Tukar Hadiah Tapi Sampai Jadi Macam Ni

0 21

Siapa yang tidak seronok bila dapat hadiah dari seseorang bukan? Bagi seseorang itu, hadiah merupakan sesuatu yang istimewa yang diterima olehnya dari orang tersayang. Perasaan bahagia dan gembira itu hanya boleh diluahkan dengan gelak ketawa sahaja.

Namun, menerusi video di laman Twitter apabila satu permainan tukar-tukar hadiah itu telah menjadi satu “tragedi” yang boleh membuatkan penerima hadiah tersebut mampu ingat sampai bila-bila!

BACA : [VIDEO] “Best Dapat Geng Giler Macam Ni Haha” – Kawan Zulin ‘Merajuk’ Sampai Sanggup Nyanyi Kuat-Kuat Dalam Toilet!

Dalam video tersebut, sebuah keluarga telah bermain satu permainan yang dinamakan “tukar-tukar hadiah” tetapi giliran seorang wanita yang digelar sebagai Angah pula telah membuka pembalut hadiah sebanyak 12 kali. Hadiah kejutan yang diterimanya adalah sebotol kicap sahaja.

Di kapsyen Twitter Nazirulldham, beliau mengatakan bahawa hadiah botol kicap yang diterima oleh angahnya itu miliknya!

Rata-rata netizen turut terhibur setelah melihat video tersebut kerana kesungguhan wanita itu membuka pembalut hadiah tersebut dan hanya mendapat sebotol kicap.

Hahaha adoii senak perut aku kat klinik nie woi

Memang berkicap kau buat akak kau haha

Seronoknya main macam ni among family!

Masa bersama keluarga itu yang mampu buat kita senyum sepanjang hari! Maka hargai mereka sebaik-baiknya ya!

Sumber : NazirulIdham

Comments
Loading...