Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

[VIDEO] “Kena Bijak Main Benda Ni..Takleh Salah Ayat!” – Fizi Ali Bagi Tips Khas Untuk Lelaki Yang Terpaksa Teman Bini Pergi Shopping

0 285

Siapa tak kenal dengan sikap peramah Fizi Ali Suria inikan? Penyampai radio terkenal di Suria FM ini mempunyai bakat berkomunikasi dengan baik. Lebih-lebih lagi, beliau lagi suka berbual rancak bersama pendengar di Suria FM itu.

Fizi Ali kini bahagia bersama isteri tercintanya, Syakilla Khoriri.

BACA : [VIDEO] “Alamak..Dagu Mahal La! Boleh Geng Dengan Dato’ Siti Ni” – Ummi Nazeera Kongsi Detik Baby Ayra Aneesah

Menerusi laman Instagram, baru-baru ini Fizi Ali telah memuat naik videonya. Dalam video tersebut beliau bersama isterinya, Syakilla, ingin membeli belah di Ikea. Namun, ini pula yang terjadi apabila Fizi Ali menyakat Syakilla sehingga isterinya itu turut sekali melayan sahaja kerenah suaminya itu.

Gelagat Fizi dan Syakilla dalam video Instagram itu telah membuat netizen geli hati mendengar dengan celoteh si penyampai radio Suria FM. Sambil menyakat, Fizi Ali secara tidak langsung telah memberikan beberapa tips untuk lelaki yang terpaksa teman pergi membeli belah bersama pasangan.

Abam ada cara hilangkan bosan…..

Dengan pantasnya, netizen tidak ketinggalan untuk komen di video itu. Kebanyakkkan mereka menganggap bahawa Fizi Ali Suria FM itu telah memberi tips bernas untuk lelaki yang cepat bosan ketika membeli belah bersama pasangan masing-masing.

Bagus idea ni.. nanti g nak main cemgini gak la!

Kena bijak main mende ni..Takleh salah ayat!

So lepas ni u tak boring lah ikut i g Ikea.. hahaha

Sumber : fizi-ali dan fizialisuria

Comments
Loading...